Use your ← → (arrow) keys to browse
Jenama AROMATICA sangat dikenali dengan kegunaan formula Vegan. Turut membariskan rangkaian penjagaan rambut berasaskan minyak pati Rosemary. Untuk melindungi kulit kepala dan terhindar daripada bahang cuaca panas, AROMATICA memperkenalkan koleksi Rosemary Scalp Scrub dan Root Enhancer.
Kegunaannya sangat berkuasa untuk meremajakan kulit kepala anda. Malah, menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat dan memberikan kelegaan kulit kepala selepas pendedahan matahari.
Sesuai untuk rutin rambut. Rosemary Scalp Scrub digunakkan untuk mengelupas kulit kepala setiap minggu. Ia membuka liang tersumbat dan meningkatkan ketahanan rambut. Manakala Rosemary Root Enhancer pula tiada kandungan silikon direka untuk menangani masalah kulit kepala.
Adakah anda tahu, jika kulit kepala atau rambut terdedah dengan sinaran matahari akan membuatkan keguguran rambut. Dengan kehadiran 7 Vitamin Complex dan 6 Black Food Complex, Root Enhancer ini memulihkan akar rambut untuk lebih sihat dan rambut tampak tebal.