Millenial It-Girl: Arisa Soraya
Dekati wajah baharu di dalam industri fesyen lokal hari ini, Arisa Soraya, yang menjadi wajah Millenial It-Girl bulan ini!
Namanya semakin meningkat naik di kalangan penggemar fesyen hari ini kerana wajahnya sering menjadi pilihan majalah juga jenama-jenama lokal. Baru-baru ini GLAM Beauty Club amat berbesar hati dapat menjemput wanita ini untuk menjadi salah seorang Beauty Connoisseur terkini. Wanita yang sangat lembut, memiliki kulit wajah yang mulus, GLAM lantas memilih untuk menemu bual secara eksklusif pempengaruh digital juga peragawati Arisa Soraya ini tentang rutin cantiknya.
GLAM Kongsi Rutin Cantik Arisa Soraya
#1 Boleh kongsikan rutin cantik anda dari pagi hingga ke malam?
Rutin cantik yang baik bermula daripada pemilihan produk penjagaan yang betul. Selesai mencuci wajah, saya akan menggunakan esen, pelembap dan kemudian semestinya pelindung sinar sebelum memulakan hari saya. Pada sebelah malam pula, saya akan memastikan wajah saya kekal ekstra lembap. Ini kerana saya mahukan kulit wajah saya sihat bersinar seperti glazed donut.
#2 Siapakah ikon kecantikan anda?
Selain daripada ibu saya yang menjadi guru kecantikan sebenar, saya juga gemarkan Victoria Beckham. Dia bijak dalam menguruskan empayar fesyen juga kecantikan. Oh! Tidak ketinggalan juga, gayanya yang sentiasa kelihatan effortlessly posh.
#3 Bagaimana dengan rutin senaman anda?
Saya kini mula gemar mengikuti kelas Pilates dan Reformer. Biasanya saya akan memilih senaman yang lebih berfokus kepada core daripada kardio.
#4 Boleh kongsikan look solekan kegemaran dan sering anda gayakan?
Sunkissed look menjadi gaya solekan kegemaran saya sejak kebelakangan ini. Saya sukakan apabila kulit menjadi sedikit keperangan. Saya juga gemar mengenakan maskara, pemerah pipi dan sedikit highlighter, untuk melengkapkan gaya solekan sunkissed glow ini.
#5 Definisi self-care dalam diri Arisa Soraya?
Self-care pada saya adalah, apa sahaja yang anda lakukan, pastikan ianya juga baik untuk jasmani dan rohani anda.
Gambar: Instagram Arisa Soraya
Pautan Berkaitan: Millennial It-Girl: Fyrone Taylor