Michelle Phan dan SK-II Cari Bakat Kecantikan Asia Di YouTube

Michelle Phan dan SK-II Cari Bakat Kecantikan Asia Di YouTube

michellephan1Michelle Phan. (Gambar: SK-II)

 
Atas kesedaran betapa hebatnya pengaruh kecantikan di alam maya, jenama penjagaan kulit unggul SK-II memulakan pencarian bakat kecantikan Asia di laman YouTube. Pencarian yang dinamakan Beauty Bound Asia itu merupakan yang pertama dalam mengetengahkan pakar kecantikan dari generasi baru secara atas talian.
 
Terbuka kepada penduduk dari 11 bandaraya Asia termasuk Kuala Lumpur, Tokyo, Seoul, Osaka, Hong Kong, Singapura, Jakarta , Manila, Taipei, Bangkok dan Sydney, finalis Beauty Bound Asia berpeluang menghadiri bengkel kemahiran yang diterajui pakar kecantikan Asia seperti bintang kecantikan YouTube iaitu Michelle Phan yang mempunyai seramai 7.8 juta pengikut di laman itu, juga Sasaki Asahi dari Jepun, Calary Girl dari Korea, Momay dari Thailand dan Wengie dari Australia.
 
Menurut Ketua Pegawai Pemasaran SK-II Global, Seth Sandeep, “SK-II berbangga untuk menjadi sebahagian daripada peluang untuk menyokong memperkasa dan membentuk komuniti ini agar berkembang jauh, dan berinteraksi  dengan generasi baru pakar kecantikan.”
 
Pencarian yang bermula pada 25 Ogos 2015 itu akan berakhir pada 7 November nanti di mana peserta akan diterbangkan khas ke Tokyo untuk sesi pusingan akhir. Layari beautyboundasia.com untuk maklumat lanjut mengenai cara menyertai pencarian ini.
 
 

See also
Kes Saman Antara Kylie Cosmetics dan Vlada Haggerty Sudah Selesai?