Mengubah Arus Trend Mengangkat Khir Khalid Sebagai Jurusolek A-List

Mengubah Arus Trend Mengangkat Khir Khalid Sebagai Jurusolek A-List

Saat solekan tebal menjadi kegilaan ramai, Khir Khalid mengubah trend ‘no makeup makeup’ dan keberaniannya itu pada awalnya dikecam.

 

Semua memandangnya kurang waras kerana solekan seumpamanya belum menular di Malaysia. Hanya beberapa editor majalah yang berani mengikutnya dan memberi kepercayaan sepenuhnya untuk dia berkarya.

 

Lama-kelamaan teknik solekan dibawanya menjadi ikutan. “Less is more!” ujarnya ringkas memulakan perbualan petang itu. Dia tekad mahu gaya solekannya kelak diterima ramai.

 

Siapa sangka pemilik ijazah fesyen itu kini berada di dalam kelompok jurusolek selebriti dambaan golongan atasan. Bukan sekadar selebriti atau personaliti memburunya, malah kerabat di raja juga menggunakan perkhidmatan Khir Khalid.

 

“Saya bermula daripada bawah dengan mendapat bimbingan terbaik. Saya dipanggil mengubah imej selebriti dan berkhidmat dengan beberapa penyanyi sehingga sekarang. Saya mula menyolek Dayang Nurfaizah daripada awal kemunculannya.”

 

Khir Khalid mula mendapat kepercayaan ramai selebriti di antaranya Camelia dan Mizz Nina. Pengalaman paling tidak akan dilupakan menyertai Channel V yang ketika itu sangat besar bertapak di Kuala Lumpur dan Hong Kong.

See also
Bella Hadid dan Drake Kini Bersama?

 

“Bukan mudah memecah rekod menjadi anak Melayu pertama menyentuh wajah VJ mereka. Saya bersama Channel V hampir lima tahun.”

 

Ujar Khir Khalid lagi dia tidak terikat dengan siapa-siapa dan secara profesional melayan mereka sama rata. Kini 20 tahun sebagai jurusolek artis, dia rasakan patut untuk memilih tugasan solekan yang bersesuaian.

 

“Saya mahu kerjaya jurusolek juga dianggap kerjaya profesional dan disanjung tinggi. Semoga sumbangan saya mengangkat semua nama jurusolek artis tertinggi.”

Pereka Grafik: Mahirah Nadzlim

 

TREND SOLEKAN 2019

 

Menurut Khir Khalid, media sosial mengubah dunia solekan. Mengenang awal penglibatannya, tidak banyak solekan antarabangsa muncul di Malaysia. Kini nama-nama besar seperti Chanel, Tom Ford, La Mer, Nars, Mac dan sebagainya lebih mudah didapati.

 

Khir Khalid meramalkan penggunaan highlighter bakal digemari tahun depan begitupun radian face paling digemari. Malah solekan bold juga menjadi kegilaan terutama pada gincu dan solekan mata.