Melasyl™ Inovasi L’Oreal Paris, Untuk Merawat Masalah Bintik Hitam
masalah bintik hitam

Melasyl™ Inovasi L’Oreal Paris, Untuk Merawat Masalah Bintik Hitam

GLAM terbang ke Bangkok, Thailand, untuk menyelami teknologi terbaharu dalam mencari solusi masalah bintik hitam melalui hasil penemuan kajian 18 tahun makmal L’Oreal Paris.

Mungkin ada di antara kita yang buntu mencari solusi terbaik dalam mengatasi masalah kulit terutama sekali dalam merawat masalah bintik gelap juga kulit kusam. Sudah mencuba pelbagai cara, namun untuk mendapatkan hasil kulit sihat serta-merta bukanlah sesuatu yang mudah untuk dicapai.

Banyak faktor yang menjadi punca kepada permasalahan bintik gelap pada kulit wajah ini. Seharusnya kita fahami terlebih dahulu bagaimana bintik gelap ini boleh terjadi kerana sudah tentu ia bukanlah seperti sebuah tanda lahir semula jadi. Jika dilihat, ianya hadir saat usia semakin menua. Mengapa ia terjadi?

Faktor Masalah Bintik Hitam atau Dark Spot

bintik hitam

Sesi analisa kulit

Jika diteliti, tompokan bintik hitam ini lebih pekat berbanding kawasan kulit yang lain. Ia juga dikenali sebagai hyperpigmentation. Ianya terhasil akibat daripada penghasilan melanin yang berlebihan yang disebabkan oleh sinaran cahaya matahari, perubahan hormon, penuaan juga daripada parut jerawat.

See also
5 Warna Rambut Terhangat

Sebenarnya sel melanocytes dalam melanin ini terdapat pada setiap jenis kulit namun kadar kuantitinya sahaja berbeza. Mereka yang memiliki melanin berlebihan memiliki rona kulit yang lebih gelap dan ternyata ianya normal. Namun, apa yang membuatkan ia sedikit berbeza apabila melanin yang berlebihan dihasilkan lalu menyebabkan kulit terus bertompok.

Berdasarkan kajian, penghasilan melanin berlebihan dan bintik hitam ini menjadi permasalahan utama di kalangan wanita Asia. Maka, L’Oréal Paris mula mengambil langkah prihatin dalam mengendalikan masalah kulit yang dialami oleh hampir semua masyarakat hari ini.

masalah bintik hitam

L’Oréal Paris Glycolic Bright dan rangkaian produk UV Defender

Melasyl™ Bahan Aktif Terkini L’Oréal Paris

Setelah mengkaji selama 18 tahun, L’Oréal Paris dengan bangga melancarkan bahan aktif yang dipatenkan secara sah oleh jenama ini yang dipanggil sebagai Melasyl™. Sebuah inovasi terbaru di dalam dunia penjagaan kulit wajah.

Bahan aktif kini boleh diperlihat di dalam produk terkini mereka iaitu Glycolic-Bright Serum. Serum diformulasikan dengan 8 peratus Melasyl™ bersama Glycolic juga Niacinamide ini berfungsi untuk mengurangkan penampilan masalah bintik hitam degil yang berpunca daripada sinar matahari, penuaan dan jerawat sebanyak 77 peratus serta mencerahkan kulit.

See also
Sayonara, Bintik Hitam!

Sembang Cantik Bersama Tracy Wong, Saintis Penyelidikan & Inovasi, Pakar Pencerah L’Oréal Paris

masalah bintik hitam

1) Bagaimana Melasyl™ membantu merawat pigmentasi kulit?

Melasyl™ adalah sebuah molekul unik kerana ia mampu menangkap prekursor melanin di peringkat awal. Di peringkat ini molekul prekursor tadi belum lagi tampil berwarna jadi Melasyl™ boleh berinteraksi dengan molekul ini sebelum ia berubah pigmen. Jadi saya boleh katakan, Melasyl™ bekerja dalam cara yang genius untuk merawat melanin berlebihan ini.

2) Bagaimana intipati yang terdapat di dalam bahan aktif Melasyl™ tampil berbeza dengan intipati lain?

Sememangnya banyak intipati pencerahan berbeza di luar sana, akan tetapi isu pigmentasi ini adalah sebuah proses yang sukar untuk merawat. Untuk MelasylTM, kami merawat kulit dari proses penangkapan melanin prekursor dan seawal yang boleh. Dan mungkin cara lain yang digunakan di luar sana adalah melalui rawatan merubah cara melanin bergerak ke sel  menggunakan niacinamide dan sebagainya.

3) Apa jenis kulit yang lebih terdedah kepada masalah pigmentasi ini? 

See also
Yes! We Need The Best Face Masks

Ia mengikut etnik yang berbeza-beza. Seperti di Asia, kita lebih sebenarnya lebih terdedah kepada masalah pigmentasi ini. Produksi melanin masyarakat Asia lebih aktif berbanding negara Barat. Dan oleh kerana itu, permasalahan ini lebih banyak terjadi di Asia.