Sejenak Bersama Mardhiah Latiff, Pengasas Bersama Lax. Retreat - Glam Malaysia
Mardhiah Latiff

Sejenak Bersama Mardhiah Latiff, Pengasas Bersama Lax. Retreat

Mardhiah Latiff, wanita hebat di sebalik pengusahaan pusat kecantikan popular, Lax. Retreat, menjadi pilihan GLAM sebagai personaliti Sejenak Bersama minggu ini. Ikuti temu bual kami bersama Mardhiah, meneroka minatnya dalam bidang kecantikan ini. 

GLAM menemu bual Mardhiah Latiff

1- Bolehkah anda menceritakan serba-sedikit tentang latar belakang anda?

Saya memiliki kelulusan ijazah sarjana di dalam bidang kejuruteraan kimia  dari University College London (UCL). Setelah itu, saya bekerja di dalam bidang korporat (Telco and Technologies) usai tamat pembelajaran. Namun, saya sentiasa menggambarkan diri saya sebagai seorang “early adopter in beauty”.  Saya selalunya lebih tertarik untuk mengetahui tentang sesuatu formulasi, teknologi, penjenamaan dan positioning. Dan tidak hairanlah, kini saya bekerja di dalam industri kecantikan.

2- Bagaimana pula terdetiknya untuk membina pusat kecantikan Lax. Retreat ini?

Semestinya bermula daripada minat, tetapi lebih penting sekali adalah disebabkan oleh pengalaman kami sendiri (kedua-dua pengasas bersama Lax. Retreat) sebagai pelanggan tetap dalam perkhidmatan kecantikan ini. Kami merasakan bahawa ada jurang dalam melahirkan satu jenama perkhidmatan kecantikan yang lebih moden dan dekat dengan diri kami sebagai millennials dan urbanitesAn update is long overdue. 

See also
Sesi Pengalaman Wangian GLAM Beauty Club X Gucci Flora

Mardhiah Latiff

3- Boleh kongsikan bersama kami rutin penjagaan rambut anda?

I am currently obsessed with haircare, terutama sekali dalam penjagaan kulit kepala. Saya sukakan penggunaan bahan aktif seperti AHA dan BHA di dalam pupur rambut juga syampu. Ia berfungsi untuk exfoliate kulit kepala dengan lembut. Scalp care is crucial in taking your haircare to the next level. 

4- Bagaimana pula dengan rutin workout, apakah rutin kegemaran anda?

I should make time but I don’t currently have a fixed routine with my busy schedule. Akan tetapi, saya seorang yang suka berenang. Jadi, itu adalah workout saya.Serta mengejar anak saya yang berumur 15 bulan adalah a workout on its own haha.

5- Your current favorite perfume?

Saya sukakan semburan haruman Frederic Malle semenjak 8 tahun yang lalu dan saya masih setia! I love white floral scents, dan obsesi terkini saya adalah Iris Poudre.

6- Perancangan seterusnya untuk Lax. Retreat. Ada perancangan untuk mengembangkan lagi cawangan? Atau ada perancangan untuk menambah pilihan servis terbaru?

Kami baru sahaja melancarkan cawangan baru bertema uniseks yang diberi nama Lay. Retreat di The Curve, Mutiara Damansara. Lay. is offering nail and body treatments, with new offerings yet the same elevated experience. Kami sangat teruja, akhirnya kini kami dapat mengembangkan servis kami kepada semua orang dan bukan sahaja untuk para wanita.

 

Pautan Berkaitan: Sejenak Bersama Pempengaruh Digital, Khainina Khalil