Ini adalah penampilan pertama Anna Faris di khalayak ramai selepas berpisah dengan Chris Pratt. Senyuman manisnya terukir memberi makna dia kini meneruskan kehidupan seperti biasa.
Tampil cantik dalam solekan yang sepadan dengan gaun Marc Jacobs berwarna wine. Jurusolek pakar Jill Cady ternyata pintar menggunakan keseluruhan alat solek Marc Jacobs Beauty untuk diselaraskan dengan warna tersebut.
“Saya selaraskan solekan dengan warna busanannya malam itu. Mudah bagi saya menggunakan rona Burgundy, Rose, Nude dan Subtle Gold,” ujar Jill Cady.
Bagi kamu yang ketandusan ilham solekan, mungkin ini salah satu rahsianya. Melihat pada pilihan warna pakaian pilihan kamu. Salah satu ronanya boleh dijadikan asas solekan mata atau bibir mungil kamu.
Wajah Anna Faris dioles terlebih dahulu dengan pelembap dan primer sebelum sapuan Marc Jacobs Dew Drops Coconut Gel Highlighter. Untuk golden shimmer pula, Jill memilih Re(marc)able Full Cover Foundation Concentrate.
Wajah Anna ditambah seri dengan pembayang pipi Beauty Air Blush Soft Glow Duo dan matanya dioles pembayang mata Eye-Conic Multi-Fisnish Eyeshadow Palette in Glambition.
Sedikit penambahan winged eyeliner menggunakan Matte Highliner Gel Eye Crayon Eyeliner in (Earth)Quake terutama pada hujung birai mata.
Kening diperhalusi lagi dengan Marc Jacobs Beauty Brow Wow Defining Longwear Eyebrow Pencil in Taupe 2. Kemudian bulu mata lebih menonjol dengan sapuan Velvet Noir Major Volume Mascara.
Bibirnya pula dilukis dengan pensel sebelum dioles lembut New Nudes Sheer Gel Lipstick in Role Play.
Semestinya solekan mudah ini memberi ilham buat kamu ke acara istimewa. Selamat mencuba!