Manjakan Wajah Secara Personalisasi Pertama Dunia - Page 2 of 2 - Glam Malaysia

Manjakan Wajah Secara Personalisasi Pertama Dunia

2 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse

GLAM berpeluang untuk mendekati pengasas Skin Inc, Sabrina Tan dalam sesi temubual eksklusif :

Apakah sains disebalik Skin Inc Custom Serum? Bolehkah anda terangkan secara terperinci menerusi teknologi enkapsulasi?

Untuk meningkatkan keberkesanan dan pengunaan teknologi marin menerusi kajian terhadap rumpai laut adalah ramuan aktif dalam setiap serum personalisasi di Skin Inc. Malah, ahli saintis kami memilih ramuan yang punya optimal konsentrasi sebagai kandungan utama sesuai untuk digabungkan untuk setiap jenis formula. Teknologi enkapsulasi pula sebagai pelindungan bahan aktif dari terdedah cahaya atau teroksida. Ini hanyalah untuk pastikan ia kekal segar dan serap pada kulit wajah dengan maksima.

Apakah pandangan anda mengenai penjagaan kulit secara custom dan bagaimana Skin Inc untuk 5 tahun akan datang?

Sebagai pengelola kecantikan digital yang amat memahami kehendak konsumer, kami sangat cepat menerima respon daripada komuniti dan memperkenalkan produk inovatif sebagai solusi terbaik dan setiap kritikan mereka adalah cara kami menambahkan apa yang terkurang agar ia terus bersifat praktikal. Skin Inc dalam masa 5 tahun kami adalah ‘Covid-Ready’ dengan tambahan produk terbaru seperti Beauty Jelly Dose, Serum Glow Filter, My Daily Dose of Armour, Serum UV Moisturizer, Mask Liner dan Refresh & Nourish Hand Serum Duo.

See also
6 Dandanan Mempesona di Emmy Awards 2017

Apakah produk penjagaan kulit yang tidak boleh anda tinggalkan?

My skincare cheatsheet to look Zoom-Ready at all times is always to apply Serum Glow Filter. Gabungan bahan ramuan dan teknologi seperti ekstrak gold hibiscus, niacinamide dan asid hialuronik bersama refleksi cahaya ringan untuk melembapkan, ton warna kulit dan kurangkan kehadiran pori di wajah dan juga kedutan. Sesuai digunakan pada siang hari dan ianya bersifat personalisasi mengikut jenis kulit wajah dengan menggunakan Light Reflective Technology.

Artikel berkaitan Petua Atasi Skin Barrier Rosak