Losyen Ajaib Meremajakan Kulit Wajah

Sembang Cantik bersama Nicholas Chesnier, APAC Managing Director
Bagaimana Supremÿa At Night The Supreme Anti-Aging Skin Care Lotion memberi rangsangan terhadap kulit wajah di waktu malam?
Ia merangsang pada kulit secara optimum kerana manfaatnta terhadap tahap penghidratan sangat baik. Losyen ini mempunyai bahan-bahan aktif yang mengekalkan penghidratan sepanjang malam dengan tahap yang betul. Formula solusi Biosaccharides yang membantu melembapkan kulit secara beransuran dan Glycerin bertindak menarik dan mengekalkan air dalam kulit. Pro-vitamin B5 mengekalkan tahap penghidratan kulit.
Apakah kunci ramuan untuk Supremÿa At Night The Supreme Anti-Aging Skin Care Lotion?
Supremÿa adalah rangkaian penjagaan kulit di waktu malam, kehadiran losyen ini membawa kepada pengalaman cukup menenangkan dan segar. Aroma menerusi minyak esensi Damask Rose bersama Magnolia dan Geranium mencipta mood ketenangan.
Pendapat anda mengenai penggunaan awal produk anti-penuaan ?
Biar lindung awal sebelum terlambat. Jika wajah sudah dilindungi di belah malam maka penuaan itu mungkin melalui proses yang lambat.
Artikel berkaitan Sisley Melengkapi Barisan Megah Phyto-Blanc
Julia Azman
Siapa Julia Azman? Pengarah Kecantikan GLAM ini mengukir nama dalam dunia editorial selama 14 tahun. Perjalanan dari dunia fesyen ke kecantikan membuatkan dia mahir memimpin platform digital dan cetak. “Percayalah rendam wajah dalam ais, buat kulit instant GLOW!”

