Legasi Double Serum Kini Lindungi Mata Anda - Glam Malaysia

Legasi Double Serum Kini Lindungi Mata Anda

1 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse

Bahagian mata memerlukan penjagaan intensif kerana permukaan kulitnya sangat sensitif. Double Serum oleh Clarins adalah solusi terbaik anda!

Clarins sentiasa memahami isi hati wanita yang memerlukan penjagaan rapi setiap saat. Kali ini, lebih fokus kepada penjagaan kulit keliling mata. Masalah yang sering anda hadapi dikala berada di rumah adalah apabila terdedah dengan gangguan blue light apabila terlalu kerap berada di hadapan skrin laptop atau telefon bimbit. Lingkaran bawah mata mula kelihatan dan permukaan kulit mula tidak sekata. Double Serum dalam arti kata lain solusi terbaik anda.

Clarins Double Serum Eye

Kembali fokus ke kontur mata, Double Serum Eye Global Age Control Concentrate bersama tekstur bio-affinity buat anda lalui pengalaman unik. Kandungan bahan semula jadi sebanyak 96% dan kaya dengan 13 ekstrak tumbuhan termasuklah ekstrak organik paling hebat iaitu wild chervil dan kunyit. Ianya bertindak double action untuk kegunaan penting kulit dan kunci kepada wajah cantik dan awet muda. Double Serum Eye ini cepat memulih kulit yang mempunyai tanda penuaan seperti perhalusi kedutan dengan segera, kurangkan sembap dan lingkaran hitam bawah mata, perkuatkan dan lindungi kulit keliling kontur mata. Paling GLAM gemari fungsi utama serum ini adalah ia mempunyai anti-pollution complex yang membantu kulit daripada iritasi akibat pendedahan efek blue light.

See also
GLAM Lebaran: 5 Toner Terbaik Untuk Atasi Kulit Kering

Dengan beberapa kali sapuan, mata secara pantas lebih bersinar dan wajah kelihatan awet muda. Our eyes reflect our age, lifestyle, personality and our power of seduction. Tahukah anda mata berkelip sebanyak 10,000 kali setiap hari dan melibatkan otot sebanyak 22. 

Duo Double Serum pelengkap rutin penjagaan kolit wajah harian
Duo Double Serum pelengkap rutin penjagaan kolit wajah harian