Layangan Cinta Abadi Calvin Klein - Glam Malaysia

Layangan Cinta Abadi Calvin Klein

1 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse

Raikan cinta abadi dengan Eternity oleh Calvin Klein, wangian sempurna buat pencinta moden yang bersemangat bebas sebagai penghormatan kepada cinta abadi Calvin Klein Eternity merangkumi kehangatan cinta sejati dengan aroma romantis yang segar.

Buat peminat setia wangian atau aroma yang berbeza, pasti pertukaran wangian atau pembelian baharu saling dilakukan apabila musim bertukar. Ini kerana apa yang menenangkan deria pada bulan Jun jauh berbeza dengan apa yang menghangatkan pada bulan Disember. Aroma buat musim bunga dan musim panas kebiasaannya lebih segar, diharmonikan dengan bunga, dan buah. Musim sejuk pula, wangian lebih hangat dengan elemen kayu, rempah dan getaran smoky. Banyak kiranya pilihan atau jenama yang mengeluarkan wangian yang sepadan buat lelaki dan wanita, penuh getaran apabila bersama si dia.

Kempen terbaru Eternity daripada Calvin Klein meneroka dua jiwa dengan konsep cinta yang dihangatkan oleh pasangan ikonik, supermodel Christy Turlington bersama dengan suaminya, pelakon dan penerbit Edward Burns sebagai perwujudan abadi atau “Eternity” oleh Calvin Klein. Turlington membintangi kempen pengiklanan Eternity pertama ketika debutnya pada tahun 1988 dengan Burns kemudian menyertainya rumah fesyen dan jenama yang cool, terkenal dari New York, Amerika Syarikat ini sebagai wajah buat kempen wangian mereka. Tetapi pada tahun 2020, Calvin Klein meraikan cinta abadi dan moden pasangan ini dalam kempen baru yang merakam momen sengit dan spontan ketika bermain bersama di sekitar pantai terpencil, mencerminkan kegembiraan dan keintiman cinta abadi. 

See also
Cetus Evolusi Seni Dandanan Rambut

Aksi bersahaja pasangan sensual ini dirakam oleh Matt Lambert, menggabungkan kisah gambar tradisional hitam dan putih serta percikan warna seiring dengan penjajaran yang menunjukkan masa lalu pasangan ini yang komited dengan cinta dan hubungan mereka. Video kempen yang dipenuhi dengan semangat cinta sejati ini disusun khas buat penghormatan kepada kisah cinta mereka dan seterusnya diserikan oleh lagu cinta ikonik daripada Lykke Li iaitu “Unchained Melody”. Buat visual kempen penuh klasik dengan estetika hitam dan putih, Lachlan Bailey memotret pasangan ikonik itu dengan tetapan lebih natural apabila rambut Christy ditiup oleh angin laut, dan sentuhan oleh Burns menarik pasangannya sebagai momen yang dicuri dalam kisah cinta mereka yang tidak berkesudahan dan ikonik. Anda boleh dapatkan koleksi istimewa ini secara dalam talian di zalora.com.my