Lash Extensions: Do Not Pull Them Out At Home!
Anda mungkin bernasib baik jika sempat singgah ke salun untuk mencantikkan semula bulu mata palsu (lash extentions) yang sudah tercabut atau gugur sebelum Perintah Kawalan Berkurung diumumkan. Namun tidak semua bernasib baik kerana di saat ini, GLAM pasti ramai yang resah gelisah kerana saban hari bulu mata asyik gugur. Lebih-lebih lagi apabila berada di rumah dan sering melihat cermin, pasti anda mahu cabut kerana rimas melihat ia tidak sekata dan cantik. Persoalannya, is there a way to remove your own lash extensions while stuck at home?
Jawapan ringkas: Tidak. Tolong jangan. Hal ini kerana tidak ada produk over-the-counter atau helah DIY yang dapat menanggalkan atau membantu anda untuk menghilangkan sambungan bulu mata di rumah. Percubaan untuk membuangnya sendiri dengan menarik helaian bulu akan merosakkan folikel, dan boleh menyebabkan bintik-bintik botak yang tidak boleh tumbuh kembali.
Jadi apa yang boleh anda lakukan? Sebagai permulaan, anda harus bersabar. Bulu mata palsu akan gugur bersama-sama dengan kitaran bulu mata asal. Sebaiknya, biar ia gugur secara semula jadi kerana ia bukan sahaja memastikan folikel baru tumbuh dengan sempurna, malah ia akan menguatkan lagi folikel baru. Ini juga akan memberi anda asas yang kukuh untuk membuat sambungan baru pada masa depan.
Apa yang perlu anda lakukan?
Guna serum khusus untuk menguatkan bulu mata
Tambah serum ke rutin penjagaan kulit malam anda. Waktu malam adalah masa terbaik untuk menggunakan serum kerana anda tidak menggunakan maskara dan serum dapat meresap dengan baik ketika tidur.
Elak guna pengepit bulu mata
Pengepit bulu mata akan merosakkan bulu mata semula jadi kerana ia akan menarik bulu mata dari akar atau memecahkannya pada separuh. Jika anda lebih suka bentuk bulu mata yang melentik, cuba maskara berformula air yang mudah dibasuh.
Jangan tidur dengan solekan
Akui sahaja, bosan di rumah pasti anda akan membuat tutorial solekan dan berkongsi bersama pengikut di laman sosial Instagram atau Facebook. Nampak mudah tetapi malas membersihkan solekan adalah sesuatu yang buruk. Solekan yang tidak dibersihkan bukan sahaja akan merosakkan kulit anda, malah akan melemahkan pertumbuhan bulu mata baru.
GLAM Editor's Pick: