La Beauté Louis Vuitton Secara Rasmi Berada Di Malaysia - Glam Malaysia
La Beauté Louis Vuitton Secara Rasmi Berada Di Malaysia

La Beauté Louis Vuitton Secara Rasmi Berada Di Malaysia

Simbol kemewahan tiada batasan. Louis Vuitton dalam arena fesyen terus mengukir sejarah lagendanya, lebih manis kini ia melangkah ke dunia kecantikan. La Beauté Louis Vuitton kini secara rasmi berada di Malaysia.

La Beauté Louis Vuitton

La Beauté Louis Vuitton terlahir dari kolaborasi paling hangat antara Nicolas Ghesquière dan jurusolek lagenda yang juga ikon Dame Pat McGrath dalam menggabungkan kesinambungan antara warisan Louis Vuitton dan trend kecantikan semasa. Perjalanan era baharu kemewahan yang mendefinisi semula kecantikan masa kini. Dame Pat McGrath sebagai Direktor Kreatif Kosmetif La Beaute Louis Vuitton membentuk satu ekspresi baru dalam dunia kecantikan mewah.

Working backstage for over 20 years at Louis Vuitton fashion shows, I am thrilled to now play such a key role in the launch of La Beauté Louis Vuitton, The beauty universe is about so much more than just product, and what we are creating here will unlock a new level in luxury beauty.”- Pat McGrath

Louis Vuitton

Sebagai debut pertama La Beauté Louis Vuitton ini, koleksi ini menampilkan gincu, balm dan pembayang mata sebagai objects of desire yang menarik minat dunia untuk lebih fokus kepada warisan Louis Vuitton yang terkenal dengan keunggulan dalam pembuatan artistik. Sejak 1854, Louis Vuitton sentiasa membawakan elemen kecantikan di terasnya. Ciptaan Trunk terawal, bukan sahaja mengenai daya ketahanan malah ia membawa kepada ekspresi keanggunan, lengkap dengan ruang compartment berkusyen yang dibuat untuk memeluk erat wangian Louis Vuitton di kala perjalan jauh. Pada 1920, kecantikan di Louis Vuitton semakin meraih keutamaan apabila tampil dengan vanity case.

Melihat pada keunggulan arkib ini, Pat McGrath reimaginasi ilham kecantikan timeless di era modenisasi. “Working backstage for over 20 years at Louis Vuitton fashion shows, I am thrilled to now play such a key role in the launch of La Beauté Louis Vuitton, which is the result of extraordinary craftsmanship, creativity and innovation. The beauty universe is about so much more than just product, and what we are creating here will unlock a new level in luxury beauty.” petikan kata Dame Pat McGrath, Direktor Kreatif Kosmetik La Beauté Louis Vuitton

Louis Vuitton

Ekspresi Feminin Louis Vuitton

Solekan itu adalah lebih daripada produk, ia adalah prestasi, obsesi dan emosi. Barulah ciptaannya bersifat keagungan. La Beauté Louis Vuitton mewakili ekspresi feminine yang diceritakan melalui koleksi mekap. Daripada pigmen dan tekstur mewah dalam pelbagai tona.

See also
Bella Hadid Wanita Tercantik Di Dunia?

1. TIMELESS LV ROUGE

LV Rouge

Bahasa bibir penggerak utama dalam mencipta ekspresi cantik di hati La Beauté Louis Vuitton. LV Rouge hadir dengan 55 warna dan 55 kisah penceritaan disebaliknya. Angka ini mewujudkan dedikasi Louis Vuitton kepada kod timeless. Setiap warna ini dipilih secara unik oleh Pat McGrath. “Lipstick is presence. It’s a signature in a single stroke. It’s how women carry themselves in the world,”kata Dame Pat McGrath. Rangkaian LV Rouge menawarkan dua kemasan iaitu 27 kemasan satin berkrim dan 28 velvety matte.

Hanya tiga warna diangkat sebagai highlight utama yang menggabungkan warisan Louis Vuitton seperti 896 Monogram Rouge, sesuai dengan gaya tradisi nan moden warisan Louis Vuitton. 203 Rose Odyssée simbolik kepada kekuatan wanita Louis Vuitton yang merayakan kehidupan luar biasa. Warnanya yang terang dengan tona earthy lambang kepada individualiti. 854 Rouge Louis menggabungkan feminiti berani dengan ilham elegance timeless dalam Rouge Louis yang ikonik. Warna merah scarlet mewah ini memancarkan keyakinan Louis Vuitton.

Artikel berkaitan 5 Item Wajib Miliki Daripada Louis Vuitton x Yayoi Kusama

Di bawah pigmentasi warna yang intensif, adanya formula luar biasa yang dibuat dengan upcycled waxes daripada bunga Mawar, Jasmine dan Mimosa, bunga yang melambangkan Louis Vuitton. Dan juga diperkaya dengan shea butter dan asid hialuronik, yang menyumbang kepada 85 peratus asas penjagaan kulit  skincare base yang memberikan bibir kenyamanan tahan lama. Bertahan selama 12 jam untuk kemasan matte dan 24 jam kelembapan untuk kemasan satin.

See also
5 Stail Selebriti 'TO LOOK FORWARD' in 2024

2. 10 RONA LV BAUME

LV baume

Koleksi La Beauté Louis Vuitton Baume bertindak sebagai penyerlah kilauan bibir disebalik rona berani gincu. Sepuluh warna sheer glow direka untuk memelihara, meningkatkan dan meninggalkan bibir yang kelihatan semakin anjal dari masa ke masa. Dengan tekstur lightweight, kemasan buildable dan tekstur balm sensorial, tint illuminating ini menawarkan kesan bibir effortless. Formula LV Baume diperkuasai oleh shea butter, asid hialuronik, ekstrak berry dan upcycled mimosa wax dari Grasse. Ia menjanjikan kelembapan selama 48 jam, 24 jam keselesaan, nutrisi dan efek lembut. Ini tiga rona signature wajib dimiliki seperti 051 Monogram Touch, 030 Tender Bliss dan 020 Rose Essentiel.

3. BUNGA 4 RONA LV OMBRES

LV Ombres

Mainan mata menggoda lagi terserlah dengan pilih lapan warna harmoni. Setiap palet terdiri daripada empat pembayang mata yang bersifat wearable, sesuai untuk kegunaan harian dan hanya dengan satu palet mampu mengubah mood dengan serta-merta. Koleksi ini juga menyerlahkan tekstur ultra-matte hingga gleaming glitter yang membolehkan transformasi pada setiap pandangan. Ini transformasi utama yang menjadi pilihan seperti 896 Monogram Rouge bergema dengan ilham timeless, 150 Beige Memento rona yang harmoni dan 250 Nude Mirage diilhamkan oleh pilihan rona neutral rosy. LV Ombres ini diformulasikan dengan pendekatan inovatif Louis Vuitton. Yang  menampilkan Plant-Derived Squalane yang serupa dengan lipid yang wujud secara semula jadi dalam kulit dan Camelina Flower Oil Extract yang membantu melembutkan formula untuk tekstur yang selesa.

Artikel berkaitan Louis Vuitton Lancar Wangian Wanita Baru eLVes

Apabila dua individu berpengaruh bertemu dalam satu rumah, pasti mencipta sesuatu yang indah. Kolaborasi antara Pat McGrath dan pakar wangian Louis Vuitton Jacques Cavallier Belletrud menggabungkan kosmetik dan wangian  bangkit elemen tambahan. Apabila anda menyalap bibir dengan pilihan gincu ikonik, terhidu aroma harum yang diilhamkan oleh bahan yang dimanfaatkan oleh Belletrud dari atelier fragrance Louis Vuitton, Les Fontaines Parfumées, di hati Grasse. Campuran bespoke mimosa, jasmine dan mawar untuk gincu, manakala pelembap bibir memancarkan bau lazat mint dan raspberi.

See also
Nikmati Atma Paris Bersama Nespresso Krismas Ini

LV

Ketelitian La Beauté Louis Vuitton membawa kepada reka bentuk yang minimalis dan kekal. Dicipta oleh Konstantin Gricic. Setiap butiran dan formasi lambang kepada kemewahan Louis Vuitton, yang dicipta menerusi aluminium dan brass. “This isn’t just about aesthetics. It’s about creating make-up that is functional, refillable and worthy of being kept for years to come,” kata Konstantin Grcic, pereka Industrial. Setiap bingkisan La Beauté Louis Vuitton adalah bersifat kelestarian. Daripada bentuk gincu bespoke monogram yang namanya diukir kemas hinggalah ke sistem kunci motif bunga yang inovatif.

Merayakan tradisi ini, Louis Vuitton telah mencipta Vanity Trunk yang luar biasa, sebuah masterpiece stesyen bersolek yang memberikan penghormatan kepada kedua-dua komuniti kecantikan awal abad ke-20 Louis Vuitton dan beauty station backstage moden buat Pat McGrath. Diilhamkan pada era 1920 yang dikonsepkan oleh Gaston-Louis Vuitton dan dibuat oleh Pierre-Émile Legrain, pereka dan pembuat kabinet Perancis yang terkenal dengan sumbangannya kepada gerakan Art Deco. Ciptaan baharu ini menyatukan artistry trunk-making dengan ritual kecantikan dressing table kontemporari.

Lip Trunk

Menampilkan kanvas monogram ikonik untuk menempatkan setiap barangan alat solek dan juga menegaskan kod timeless Louis Vuitton sambil mempamerkan ritual kecantikan abadi Louis Vuitton.

Sebelum terlambat, mulai hari ini La Beauté Louis Vuitton sudah mula dijual di laman rasmi Louis Vuitton atau kunjungi ke butik Louis Vuitton The Exchange TRX.

Artikel berkaitan Revolusi Baharu La Beauté Louis Vuitton

 

 

 

 

 

Siapa Julia Azman? Pengarah Kecantikan GLAM ini mengukir nama dalam dunia editorial selama 14 tahun. Perjalanan dari dunia fesyen ke kecantikan membuatkan dia mahir memimpin platform digital dan cetak. “Percayalah rendam wajah dalam ais, buat kulit instant GLOW!”

Pengarah Kecantikan