Kylie Jenner Mengumumkan Kolaborasi Kim Kardashian West x Kylie Cosmetics
Kylie Jenner dan kakaknya, Kim Kardashian, bakal melancarkan rangkaian kosmetik mereka sendiri tidak lama lagi menerusi teaser di sebalik tabir yang dikongsikan oleh @kyliecosmetics hari ini.
Video itu menampilkan Kylie dan Kim sedang didandan oleh sekumpulan pakar di set penggambaran kempen terbaru Kylie Cosmetics x KKW.
Mereka juga dilihat seakan pelanduk dua serupa dengan imej minimal mereka.
Tiada lagi butiran yang jelas mengenai kolaborasi ini dan ada yang mengatakan ini mungkin sesuatu yang baru untuk mengembangkan lagi rangkaian produk Kylie Cosmetics? We shall find out soon.