Kulit Wajah Kering? Periksa Intipati Terlebih Dahulu!
Anda memiliki kulit wajah kering dan sensitif? Jangan sampai kulit jadi rosak, pastikan anda periksa bahan kandungan produk sebelum guna sebarangan.
Kulit wajah ada pelbagai jenis, antaranya seperti berminyak, normal, kombinasi, kering dan sensitif. Dan setiap daripada Jenis kulit ini ada teknik penjagaannya yang tersendiri. Maksud kami, rutin penjagaan untuk anda yang berkulit normal tidak semestinya sama dengan mereka yang berkulit sensitif.
Jadi, pastikan setiap kali anda ingin mencuba sesuatu produk kecantikan yang baharu, teliti dan tekuni bahan kandungannya sekali. Hari ini, kami ingin mendekati anda yang memiliki anda yang berwajah kering. Buat anda yang mengalami masalah ini, pastikan anda elak tiga bahan kandungan yang bakal kami senaraikan ini.