Kulit Tubuh Penting Dijaga, Bukan Wajah Semata - Glam Malaysia

Kulit Tubuh Penting Dijaga, Bukan Wajah Semata

Penjagaan kulit tubuh sebenarnya sama penting sebagaimana kita menjaga kulit muka. Ramai antara kita terlalu pentingkan menjaga kulit muka hingga terlupa kulit badan juga harus diberi perhatian yang sama. Sebab itulah bila meningkat usia, ramai mula sedar kulit tangan dan kaki cepat kering, nampak berkedut dan berusia berbanding kulit muka. Tangan banyak terdedah dengan bahan-bahan mengeringkan atas factor kerja-kerja rumah seperti mencuci termasuklah ketika ini dengan perlunya kita menyapu sanitizer dengan kerap. Bahagian belakang badan juga sering dilupakan walhal penjagaannnya sama penting dengan wajah. Usahlah kerana orang tak nampak, kita abaikan penjagaannya. GLAM ingatkan anda kembali cara-cara menjaga kulit tubuh, baik dari dalam mahupun luaran.

Klise tapi inilah asasnya. Minumlah air dengan banyak (air kosong ya) kerana itulah esensi penjagaan kelembapan kulit. Kedengaran mudah tapi tak semua boleh patuhinya. Selain air kosong, anda boleh juga minum the herba kerana ia bagus untuk menghidrat dari dalam.

See also
Koleksi Kaspul Mewah "Rihanna Loves Chopard" Di Festival Filem Cannes

Anda juga boleh minum air kelapa, dan pakar menyarankan minum air kelapa selepas melakukan senaman ringan. Ia mengandungi potassium dan rendah sodium dan karbohidrat berbandingminuman kecergasan atau isotonik. Ini antara sumber minuman yang bagus untuk kekalkan lembapan dari dalam.

Untuk pengambilan makanan pula anda boleh lebihkan makanan yang kaya dengan bahan antioksidan sepertsayur-sayuran hijau, buah beri, tomato, lobak dan juga buah ceri, kesemua ini memang mewah dengan bahan antioksidan yang secara saintifiknya memang bagus untuk mencegah kulit kering.

Baca Juga: Trend Asas Solekan Di Era Pandemik

Samalah seperti mana anda melabur membeli pencuci muka, begitulah juga anda perlu lakukan untuk kulit badan. Belilah krim atau gel mandian yang bagus. Pilihlah yang tidak mengeringkan dan berkesan dalam memastikan kulit badan dicuci dengan bersih. Gunakan loofah, atau kain mahupun berus lembut untuk membersihkan badan. Sesekali gunakan skrub badan untuk memastikan kulit badan dibersihkan dengan cara pengelupasan lembut (exfoliation).

Aktiviti bercukur jika dilakukan tidak betul juga boleh menyebabkan masalah kulit. Eloklah bercukur ketika keadaan kulit lembap dan basah, dan sebab itu kita digalakkan bercukur sewaktu mandi. Usah lupa gunakan krim bercukur untuk memastikan kulit betul-betul bersedia sebelum ditemukan dengan mata pisau. Lagi satu, gunalah pisau cukur yang baru kerana yang tajam lebih bagus, tidaklah anda bercukur di kawasan yang sama-sama berulang-ulang.

See also
Merah Itu Ikonik! Burberry Kisses Pilihan GLAM

Dari segi penjagaan pula kita disarankan untuk memakai apa-apa produk penjagaan kulti selepas mandi. Mengapa? Kerana sewaktu kulit masih lembaplah akan lebih mudah untuk kulit mengunci lembapan. Hanya perlu lap lembut badan dan kemudian terus sapukan losen atau krim badan.

Kulit Tubuh Penting Dijaga, Bukan Wajah Semata

Pilihan Glam: Fenty Skin Butta Drop Whipped Oil Body Cream.

Fenty Skin menghadiahkan pelembap badan dalam bentuk krim yang bertindak memelihara lembapan badan sepanjang hari. Ia dimewahkan dengan minyak tropika, better dan minyak melon Kalahari, minyak bab, minyak matahari dan she butter. Dari segi baunya pula ia beraroma tropika hasil gabungan bau bunga dan buah-buahan. Paling penting teksturnya tidak buat kulit rasa melekit.

Artikel Berkaitan: 10 Produk Cantik Paling Ikonik Sepanjang Zaman