Kulit Lebih Sekata Jadi Idaman Wanita mengandungi anti penuaan

Kulit Lebih Sekata Jadi Idaman Wanita

Usikan panahan mentari menjamah kulit menjelmakan tona warna lebih gelap. Apatah lagi kulit pada bahagian wajah yang penting buat wanita. Pasti hati gundah melihat bahagian wajah yang lebih gelap berbanding bahagian kulit lain.

 

Wanita di Asia mengalami masalah pigmentasi lebih besar berbanding mereka di negara lain. Ini berikutan keadaan cuaca di tempat kita. Ternyata ramai wanita berpandangan kulit putih sebagai satu simbol kecantikan, kesihatan lebih baik dan bertaraf sosial tinggi.

 

Mereka menggunakan produk mencerah kulit untuk memudarkan bahagian tampak berusia, cela hitam dan parut yang mampu bertukar menjadi pigmentasi. Wanita Asia kini bijak memilih koleksi penjagaan kulit herba tradisional Korea.

THE FACE SHOP memperkenalkan produk anti penuaan YEHWADAM Pure Brightening. Direka secara terperinci untuk menyerlahkan lagi kulit lebih putih dan bercahaya, pasti pencerahan lebih nyata dengan memperbaiki kehadiran pigmentasi, cela gelap dan tona kulit kusam.

 

Dirumuskan dengan ‘Kompleks Chil-baek-seol-yun-dan’ yang juga satu formula pencerahan yang mengandungi tujuh herba tradisional asli dan menyerikan. Ia ditemui di bumi Korea dengan proses menggunakan kaedah ‘baek-ja’ di mana bahan asli dipanaskan untuk satu tempoh masa yang panjang supaya memaksimumkan kemujaraban dan menyingkirkan mana-mana toksin dalam proses pengekstrakan.

See also
Kenali Cik Puan Sofie Louise Johansson, Suri Hati Tengku Mahkota Kelantan

 

Chil-baek-seol-yun-dan ialah satu formula pencerahan istimewa dengan tujuh jenis herba tradisional yang mampu memperbaiki keseluruhan tona kulit dan mengurangkan kehadiran noda hitam dan pigmentasi.

 

Kaedah Beak-ja pula hadir daripada proses tradisional kaedah ‘Jae-ja’ yang merujuk kepada mendidih herba berubat tradisional dalam air bersih. Kaedah ini menghapuskan toksin yang boleh mengganggu badan yang mengakibatkan herba tradisional bertindakbalas secara sederhana kepada kulit.

 

Semestinya mempertingkatkan ketahanan tekstur kulit lembut dan kompleksi cerah!

 
Jaminan Keberkesanan

Cucian wajah membuat liang roma terbuka bagi membuang kotoran dari solekan. Liang roma yang terbuka mampu menangkap cepat kotoran. Jadi, sangat penting bagi kamu untuk mengoles toner selepas itu agar memberi perlindungan. Penyerapan juga mudah berlaku lantas membuat segala khasiat di dalam produk masuk ke dalam kulit.

 

Wujudnya serum pula adalah untuk mempercepatkan lagi proses pemulihan wajah dengan menggunakan bahan lebih berkualiti. Malah serum mengandungi bahan lebih mudah meresap dan bertindak balas lebih pantas dari pelembap wajah biasa.

See also
Rangkaian Blush Kylie Cosmetic Pula Dikecam Netizen

 

Semestinya olesan kedua-duanya serum dan pelembap bakal memberikan tindak balas segera dalam memperbaiki kulit wajah tidak sekata. Selain menjadikan kulit lebih sekata, rangkaian produk kecantikan Yehwadam turut menggunakan formula anti penuaan yang semestinya penting buat wanita.

 
Koleksi herba Yehwadam Pure Brightening hadir lengkap dengan penjagaan kulit dari toner, serum, emulsion dan krim.

1 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

1. Yehwadam Pure Brightening Toner, 155ml
 

Toner lembut, pencerah segar dan anti-penuaan yang dengan perlahan-lahan memulihkan tona kulit tidak sekata dan kusam disamping memberi lembapan, menjadikan kulit berseri-seri, lebih cerah dan menyerlah. Tekstur cerah dan segar membenarkan toner untuk menyerap ke dalam kulit dengan perlahan-lahan dan lembut.