Lihat Kuku Anda Dan Kenali Penyakit Berkaitan! - Glam Malaysia
Lihat Kuku Anda Dan Kenali Penyakit Berkaitan!

Lihat Kuku Anda Dan Kenali Penyakit Berkaitan!

Bagaimana cara anda menjaga kuku selama ini? Ia bukan sekadar tentang memotong kuku, ia lebih daripada itu. Kuku ,penyakit saling berkait rapat.

Pernah anda terfikir apakah definisi sebenar kuku sihat? Adakah ia sekadar berpandukan kepada kebersihan atau keutuhan semata-mata? Sebenarnya untuk mengenal sama ada ianya di dalam kondisi yang sihat adalah bergantung kepada banyak perkara. Daripada segi warna, bentuk serta banyak lagi.

Anda harus tahu yang kuku sebenarnya terhasil daripada beberapa lapisan protein yang dipanggil sebagai keratin. Pangkal tumbuhnya kuku itu adalah pada bahagian bawah kutikula anda. Kuku yang sihat adalah kuku yang mulus dan tidak berbonggol, kemudiannya warna yang sekata serta tiada tanda-tanda hitam atau tompok tidak sekata. 

Kenali Bentuk Kuku Dan Tanda Penyakit Berkaitan

#1 Tompok Putih

Pasti anda pernah melihat tompokan putih pada kuku anda sebelum ini bukan? Tanda putih yang tidak berlebihan dilihat pada kuku anda adalah disebabkan tubuh yang kekurangan zink serta kalsium. Walaupun ia bukanlah suatu penyakit yang memudaratkan, namun anda janganlah memandang ia sebagai sesuatu yang remeh. Ini bagi mengelakkan masalah kesihatan yang lebih teruk pada masa akan datang. Jadi, tingkatkan pengambilan makanan penuh nutrisi untuk tubuh badan anda.

See also
5 Helah Solekan Untuk Tampil Muda

Kuku Penyakit

#2 Kuku Kuning 

Ingat kuku yang sihat adalah kuku yang normal warnanya (merah-merah manja), namun jika kuku anda kelihatan kuning (yang bukan disebabkan oleh masakan berunsur kunyit dan pewarna kuning), anda harus ambil perhatian. Jika dilihat kukunya pucat dan bertukar warna, ini adalah tanda masalah kesihatan yang serius. Menurut kajian di India, ia berkait-rapat dengan masalah hati, buah pinggang atau jantung. Malah ia juga boleh menjadi tanda-tanda penyakit seperti kekurangan nutrisi dan anemia. Sesungguhnya, jika ia terjadi kepada anda, segeralah berjumpa doktor untuk sesi konsultasi yang lebih mendalam lagi. 

#3 Kuku Yang Tidak Berbentuk Bulan Sabit

Lihat kuku anda sekarang, ada atau tidak kewujudan bentuk bulan sabit di bahagian hujung bawah menghampiri kutikula anda? Jika tiada, ini bermakna tubuh badan anda mengalami kekurangan zat makanan atau juga barangkali sedang menghadapi kemurungan atau masalah anemia. Jika ia berlarutan hingga kuku mula berubah warna (menjadi lebih kemerahan), atau ada mengalami simptom pening dan kegelisahan, segeralah berjumpa dengan doktor. 

See also
Melasyl™ Inovasi L’Oreal Paris, Untuk Merawat Masalah Bintik Hitam

Elak Lakukan Perkara Ini Pada Kuku Anda

1. Gigit kuku atau tarik kutikula berlebihan – ini hanya mendedahkan lebih banyak peluang bakteria untuk hinggap ke atas kuku anda.

2. Tarik secara paksaan kuku yang berlebihan – jika anda buat perkara ini, ia hanya akan merosakkan lagi kuku anda. Bukan itu sahaja, takut tertarik sekali tisu kulit. Aduh, sakitnya!

3. Tidak pandang serius pada masalah kuku – jika anda pilih untuk tidak kisah tentang kuku anda, ingat, masalah kuku ini amat berkait rapat dengan kesihatan tubuh badan anda secara menyeluruh. Maka, jika ternampak sesuatu yang luar biasa, segeralah berjumpa dengan doktor. Kuku penyakit adalah dua perkara yang harus dipandang berat. 

 

Pautan Berkaitan: 5 Tip Atasi Masalah Kuku Kering Dan Rapuh