Kristen Stewart Mendedahkan Segalanya Untuk Kempen Baru Chanel - Glam Malaysia

Kristen Stewart Mendedahkan Segalanya Untuk Kempen Baru Chanel

Chanel sekali lagi menyeru kecantikan dan bakat duta ternama mereka Kristen Stewart untuk kempen wangian Gabrielle terbaru mereka semalam.

 

Dalam klip video yang diarahkan oleh Ringan Ledwidge itu Stewart boleh dilihat tidak mengenakan banyak pakaian pun sleain daripada beberapa helai kain yang telah dicarik-carikkan untuk efek lebih dramatik dan tibanya penghujung pada penghujung klip tersebut, dia terus tidak memakai apa-apa sebagai simbol kebabasan.

 

Menurut ketua sumber kreatif global untuk Chanel Fragrance & Beauty and Fine Watches & Jewelry, Thomas du Pré de Saint-Maur jalan cerita kempen ini menunjukkan perbezaan yang ketara dengan kempen-kempen mereka sebelum ini.

 

“Kami sengaja mengambil jalan yang berbeza daripada bercerita. Kami ingin menyerlahkan emosi yang boleh dirasai dalam beberapa saat sahaja, untuk memberitahu satu sensasi dan bukannya satu cerita.”

 

Tujuan mereka juga adalah untuk menunjukkan sisi personaliti Gabrielle Chanel yang lain seperti personaliti pemberontak dan care free yang lazim dengan pengasas Chanel itu.

See also
La Prairie Umum Kolaborasi Bersama Sabine Marcelis Dan The Cobalt House

 

“Menjadi diri sendiri dan kekal jujur kepada diri sendiri adalah kualiti-kualiti yang diturunkan oleh Gabrielle Chanel kepada kami, dan mesej universal ini adalah apa yang kami ingin sebarkan kepada semua wanita,” ujar du Pré de Saint-Maur lagi.

 

Stewart boleh dilihat melarikan dirinya daripada kepompong yang cuba untuk menyelubungi dirinya dan berlari ke arah lokasi yang menjanjikannya kebebasan sambil diiringi lagu “Runnin” oleh Beyoncé.

 

Gabrielle Chanel merupakan satu wangian dengan nada floral yang feminin yang terdiri daripada empat bunga-bungaan putih; melur, ylang-ylang, orange blossom, dan harum sundal malam.