Kontur Muka Do's & Don'ts Setiap Wanita Perlu Tahu

Kontur Muka, Do’s and Don’ts

Berdasarkan pemerhatian GLAM, satu skil solekan yang masih belum mahir di kalangan ramai wanita (bukan jurusolek) ialah membuat kontur muka mereka, walhal ilusi muka yang lebih kecil dan runcing adalah idaman mereka.

Ramai yang bila dirias oleh jurusolek profesional antara permintaan utama mereka ialah buatkan wajah mereka tidak nampak tembam dan bulat. Jadi, mengapa tidak mahirkan diri sendiri dengan skil ini?

Apa Itu Kontur Muka?

kontur muka

Foto: Freepik

Kontur ialah proses membentuk bahagian muka dan meningkatkan struktur muka dengan solekan. Ia adalah teknik yang dipopularkan oleh runway model, dan kini menjadi salah satu sebahagian penting daripada rutin solekan harian ramai orang.

Dengan teknik kontur muka yang betul, penampilan keseluruhan wajah juga mampu berubah namun begitu trend sekarang lebih kepada kontur untuk memastikan wajah semula jadi lebih menawan, bukannya ubah 100 peratus. Jika anda menggunakan teknik teknik kontur yang betul, anda boleh menambah dimensi wajah lantas wajah juga seakan-akan seperti memakai filter dalam dunia sebenar.

See also
5 Serum Untuk Kulit Berminyak Agar Wajah Kekal Menawan

Do’s & Don’ts Kontur Muka

Foto: Freepik

GLAM kongsikan do’s and don’ts bila membuat kontur wajah:

  • Pastikan asas solekan disapu sempurna yakni pelembap, primer dan bedak asas. Bila asas sudah sempurna baru boleh mulakan teknik kontur.
  • Gunakan kontur gelap dalam tekstur pusam bukannya yang berkilau. Ada yang menggunakan bronzer dengan efek shimmer sebagai ‘pewarna’ kontur mereka. Kontur seharusnya ‘menenggelamkan’ tekstur bukan menyerlahkannya.
  • Pilih ton kontur satu ton lebih gelap dari warna kulit anda. Usahlah terlalu gelap, hasilnya tak nampak semula jadi, nanti yang nampaknya ialah kesan berbelang.
  • Jika anda menggunakan krim kontur, usah lupa layangkan bedak untuk set solekan anda.
  • Selepas menyapu krim kontur jangan layangkan terus kontur dalam tekstur bedak atau serbuk kerana besar kemungkinan contouring yang anda buat tadi boleh bercapuk. Kuncikan dulu dengan bedak tabur.
  • Ada orang akan ketepikan pemerah pipi bila membuat kontur kerana takut buah pipi terlalu menonjol. Percayalah, anda tetap perlu layangkan sedikit pemerah pipi untuk buat wajah nampak lebih ‘hidup’ dan segar.
  • Ambil masa untuk ‘blend’ atau mesrakan ton kontur. Usah terlalu gelap dan bagaikan bergaris (melainkan anda selebriti yang masuk TV). Boleh menaturalkan warna kontur dengan berus atau bagi yang menggunakan krim kontur, boleh gunakan beauty blender.
  • Membuat kontur wajah perlukan pencahayaan yang betul. Jika boleh dapatkan cahaya semula jadi. Elakkan bersolek di bawah cahaya lampu kuning kelak anda sendiri terkejut melihat muka sendiri pabila melangkah keluar rumah.
  • Practise makes perfect. Cubalah kontur wajah setiap hari, lama-lama anda akan mahir dan faham dengan bentuk wajah sendiri.
See also
Palet Eyeshadow Terbaru Daripada Bintang Realiti Kegemaran Ramai

Produk Untuk Kontur

BURBERRY ESSENTIALS GLOW PALETTE, RM 340

Antara produk kontur muka yang popular termasuk cream foundation stick, bronzer krim, penyamar noda cair, bronzer bedak malah bedak muka. Tidak kira apa pun pilihan anda, ada beberapa perkara yang anda perlu ingat termasuk:

  • Cream contour lebih mudah untuk dioles pada kulit dan tampak lebih semula jadi. Ia juga lebih mudah untuk dibetulkan sekiranya anda tersalah bersolek.
  • Cream contour juga lebih mudah untuk digunakan tanpa membuatkan kulit tampak terlalu cakey.
  • Jika kulit anda berminyak, GLAM cadangkan untuk guna bronzer jenis bedak (powder bronzer). Namun pilih rona cool undertone untuk elak wajah nampak kelabu.

Teks Khairul Abidin

Artikel berkaitan: 5 Trend Kecantikan Minggu Fesyen Milan Musim Bunga/Panas 24