Untuk menyambut kedatangan musim bunga (walaupun Malaysia hanya ada musim panas dan melekit sepanjang tahun) dan juga 2017, jenama kosmetik NARS bakal mengeluarkan koleksi musim bunga terbaru mereka tidak lama lagi.
Jenama yang dikenali dengan produk yang mempunyai warna yang terang dan ceria ini bakal melancarkan satu koleksi musim bunga pada 1 Januari ini dan koleksi ini bakal menampilkan produk-produk seperti shadow sticks, lip glos rona tembaga berkilauan, gincu dan blush merah jambu, dan juga duo eyeshadows.
Ceriakan permulaan 2017 anda dengan warna-warna ini dan serlahkan keyakinan anda juga!