Sejenak Bersama Pempengaruh Digital, Khainina Khalil - Page 2 of 3 - Glam Malaysia
Khainina Khalil

Sejenak Bersama Pempengaruh Digital, Khainina Khalil

Popular dikalangan pencinta media sosial. Jika anda peminat kecantikan, anda pasti akan terlihat Khainina Khalil menghiasi laluan #foryoupage anda di TikTok. Bijak bergaya malah dia sering berkongsi pelbagai tip berguna terutama sekali tentang solekan dan haruman. 

Khainina Khalil, seorang pempengaruh digital yang memiliki aesthetic nya yang tersendiri. Ramai yang terinspirasi dengan wanita ini. Bukan sahaja dalam penyampaian tip hebatnya tentang dunia kecantikan, malah tip bergaya dalam memperaga fesyen dan bermacam lagi menjadi taruhan wanita ini dalam mempengaruhi peminatnya di luar sana. Khainina Khalil adalah definisi pempengaruh digital generasi Z yang patut anda kenali!

Kenali Khainina Khalil

2 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

3- Sebagai seorang beauty influencer, apakah erti self-love pada anda? 

Self love bagi saya ialah self acceptance. Terima segala keburukan, kekurangan, ketidaksempurnaan pada diri kita. Jika kita sudah redha untuk menerima, secara automatik kita akan sayang diri kita seadanya. Nampak mcm mudah, tetapi sebenarnya susah bagi semua orang, tidak kira lelaki atau perempuan.

Khainina Khalil

4- Anda sering berkongsi info tentang teknik perfume layering, bagaimanakah boleh tercetusnya idea teknik ini? 

Saya memang gilakan haruman sejak kecil, saya suka menyembur haruman milik ibu. Idea layering itu datang bila ada this one time, saya sudah menyarung satu haruman yang saya tidak berapa suka, kemudian saya semburkan haruman yang lain kononnya untuk menyembunyikan bauan sebelum itu.

Surprisingly it turned out so nice, dan ketika itu saya langsung punya idea tentang terma “perfume layering” ini. Bila saya pergi ke majlis haruman dan menonton video di YouTube, barulah saya sedar akan kewujudannya. Daripada situlah saya try & error dengan pelbagai Haruman.

See also
Sejenak Bersama Guru Kecantikan, Ummi Nasir