Kuku Mudah Patah? Ini Punca Utama & Cara Menguatkannya
kuku mudah patah

Kenapa Kuku Anda Mudah Patah? Ini Jawapannya

Kuku mudah patah sering dianggap masalah kecil, namun hakikatnya ia boleh menjejaskan penampilan dan keyakinan diri, terutama bagi wanita yang menitikberatkan penjagaan diri. Walaupun kuku tidak sentiasa terdedah, keadaannya mencerminkan kesihatan dalaman dan gaya hidup seseorang.

Ramai tidak sedar bahawa kuku yang rapuh, mengelupas atau mudah retak bukan semata-mata disebabkan faktor luaran seperti pengilat kuku. Dalam banyak kes, ia berkait rapat dengan rutin harian, pemakanan dan cara penjagaan yang kurang tepat.

Jika anda tertanya-tanya kenapa kuku senang patah walaupun tidak panjang, berikut ialah penjelasan ringkas, padat dan berfakta tentang punca serta cara mengatasinya.

Apakah maksud kuku mudah patah?

kuku mudah patah

Ia merujuk kepada keadaan kuku yang rapuh, nipis, mudah retak, mengelupas atau patah walaupun tidak dikenakan tekanan kuat. Ia boleh berlaku pada kuku tangan mahupun kaki.

Punca kuku mudah patah

1. Kekurangan Nutrisi

Kuku memerlukan nutrien seperti biotin, zat besi, zink dan protein. Kekurangan nutrisi ini menyebabkan struktur kuku menjadi lemah dan tidak anjal.

See also
Tiru Trend Kuku Musim Bunga/Panas 2021

2. Kuku terlalu kering

Pendedahan berlebihan kepada air, penghawa dingin atau cuaca panas boleh menghilangkan kelembapan semula jadi kuku, menjadikannya mudah merekah.

3. Bahan kimia dan produk kuku

Penggunaan pengilat kuku gel, kuku palsu dan remover berasaskan aseton secara kerap boleh merosakkan lapisan perlindungan kuku sekaligus punca kuku mudah patah.

4. Kerap membasuh tangan

Mencuci tangan berulang kali tanpa pelembap menyebabkan kuku kehilangan minyak semula jadi, seterusnya menjadi rapuh.

5. Faktor kesihatan dan hormon

Masalah seperti anemia, gangguan tiroid atau perubahan hormon juga boleh menyebabkan kuku cenderung untuk retak dan rosak.

Cara atasi kuku mudah patah

Closeup top view of beautiful two faded nude trendy manicure of pink nails with glossy design isolated on pastel pink background. Winter, autumn style of nail design concept

1. Amalkan diet seimbang

Ambil makanan tinggi protein, telur, kekacang, bayam dan ikan untuk menguatkan kuku dari dalam.

2. Gunakan minyak kutikel

Sapukan minyak kutikel atau krim tangan setiap hari untuk mengekalkan kelembapan kuku.

See also
Natasha Denona Kini Di Malaysia

3. Kurangkan penggunaan aseton

Pilih remover tanpa aseton dan beri rehat kepada kuku daripada pengilat atau rawatan berat untuk elak kuku mudah patah.

4. Pakai sarung tangan

Gunakan sarung tangan ketika mencuci pinggan atau mengemas rumah bagi melindungi kuku.

5. Potong dan fail kuku dengan betul

Elakkan memotong terlalu pendek dan gunakan fail lembut bagi mengelakkan kuku retak.

Masalah kuku mudah patah boleh dielakkan dengan gabungan penjagaan luaran dan dalaman. Dengan memahami puncanya serta mengamalkan rutin penjagaan yang betul, kuku boleh kembali kuat, sihat dan kelihatan lebih cantik secara semula jadi.

Kuku yang terjaga bukan sahaja melengkapkan penampilan, malah menjadi tanda tubuh yang sihat dan seimbang.

Artikel berkaitan: Buff Kuku: Ritual Kecil, Impak Besar Perlu Atau Sekadar Mitos?

Farhana Fuad merupakan Pengurus Kanan Kandungan di GLAM Malaysia. Menggabungkan kepakaran dalam penulisan editorial dan strategi SEO, Farhana menerajui kandungan semasa dan gaya hidup.