Use your ← → (arrow) keys to browse
Penyebab Jerawat Dagu
Penyebab utama masalah ini adalah berpunca daripada hormon yang tidak menentu. Ini sering terjadi kepada wanita dan juga remaja. Ia mungkin boleh disebabkan oleh kitaran haid, depresi dan sebagainya. Namun, ramai pakar dermatologi menganggap jerawat dagu kini tidak semestinya hanya berpunca daripada masalah hormon badan, ia juga boleh disebabkan oleh peluh yang terhasil bergesel, menghasilkan bakteria pada kulit menyebabkan iritasi seperti pemakaian pelitup muka.