10 Wangian Kota Paris Dalam Solférino Paris

Kenali 10 Wangian Kota Paris Dalam Solférino Paris

Dari kota cinta, Solférino Paris kini berlabuh di Seibu The Exchange TRX, Kuala Lumpur, membawa keanggunan Paris yang diterjemahkan melalui wangian.

Lahir dari kota Paris, jenama ini mengambil nama daripada sebuah alamat ikonik seperti sebuah rumah agam abad ke-18 yang terletak antara Boulevard Saint-Germain dan tebing Sungai Seine. Setiap wangian mencerminkan emosi dan detik istimewa yang hanya boleh dialami di Paris.

Koleksi ini menampilkan 10 eau de parfum, masing-masing diinspirasikan oleh lokasi ikonik dan momen bersejarah di kota Paris. Rekaan botolnya pula diinspirasikan dari seni bina rumah agam Paris dengan garis berstruktur, acuan halus dan keseimbangan yang mencerminkan kekuatan serta kelembutan dalam satu rekaan.

01. RÊVERIE SUR SEINE

Wangian neroli berteras kayuan ini membangkitkan bayangan angin lembut di sepanjang Sungai Seine. Gabungan bunga oren, clary sage dan mandarin memberi rasa segar dan bercahaya, sebelum ambrox dan musk memberi sentuhan terakhir yang tenang, seolah-olah berada di antara mimpi dan realiti.

See also
5 Toner Untuk Kulit Kering Terbaik Agar Kulit Lebih Berseri

02. 10, SOLFÉRINO

Haruman ros yang klasik diberi nafas moden menerusi iris, teh dan nota buah-buahan. Asas kayuan yang kaya menjadikan wangian ini sofistikated, berani dan kontemporari iaitu refleksi sejarah dan kemodenan Paris.

03. THÉ AU PALAIS ROYAL

Inspirasi taman Palais-Royal diterjemahkan melalui oolong tea yang musky dan woody. Nota sitrus, jasmine, ambrette seed dan vetiver mencipta pengalaman yang lembut, hangat dan elegan.

04. FOLIES À MONTMARTRE

Mengangkat semangat bebas Montmartre, wangian kulit hitam ini diperkaya dengan ros, frankincense dan benzoin. Kaya, artistik dan sensual, ia mencerminkan jiwa bohemia Paris.

05. UN SAMEDI À PARIS

Perjalanan emosi menyusuri Paris pada hujung minggu, dengan gabungan lada dan buah pelaga, diikuti kehangatan cedarwood dan sandalwood. Vanilla serta tonka bean memberi penutup manis dan menenangkan.

06. PARIS RADIEUX

Gardenia menjadi nadi utama wangian ini, diserlahkan dengan jasmine dan sitrus. Cedar dan vanilla menambah kedalaman, menghasilkan haruman yang feminin dan elegan, diinspirasikan oleh kemegahan Arc de Triomphe.

See also
Rias Wajah Dengan Solekan Natural Glow

07. MINUIT RUE PRINCESSE

Interpretasi moden oud yang gelap dan mewah, dilembutkan dengan campuran kurma, saffron dan davana. Nota kayuan dan vanilla mencipta aura malam eksklusif di Saint-Germain-des-Prés.

08. UN BAISER PLACE VENDÔME

Gabungan sandalwood berkrim dan bertenaga dengan iris dan angelica mencipta rasa intim dan selesa. Tonka bean serta sentuhan incense memberi dimensi misteri dan romantik.

09. COUP DE FOUDRE QUAI VOLTAIRE

Simbol cinta pandang pertama, wangian amber ini disinari nota bergamot dan jasmine. Sandalwood, benzoin dan tonka bean melengkapkan komposisi yang lembut namun memikat.

10. L’ÉTÉ AVENUE GABRIEL

Meraikan musim panas Paris dengan nota plum mirabelle yang manis dan segar. Iris, jasmine serta sentuhan suede berasaskan kayuan menjadikan haruman ini ringan, elegan dan menggoda.

Dengan setiap semburan, Solférino Paris mengajak pencinta wangian menyelami kisah, emosi dan keindahan Paris. Kini hadir untuk dinikmati, satu haruman pada satu masa.

Artikel Berkaitan: Perfume Layering: Tips Wangian Tahan Lama

Maya Kusuma merupakan penulis di GLAM Malaysia. Penulisannya menjelajah dunia gaya hidup moden dan mewah, berkongsi kisah personaliti terkenal serta menyentuh aspek fesyen dan kecantikan.

Penulis