Kembalikan Keanjalan Kulit Muda Berseri Dengan THE FACE SHOP - Page 2 of 5

Kembalikan Keanjalan Kulit Muda Berseri Dengan THE FACE SHOP

Menjelang tahun 2019, minat terhadap penjagaan kulit semakin meningkat mengikut arus perubahan masa dengan pengaruh beauty gurus di Internet. Antara yang mendapat perhatian adalah produk-produk kecantikan daripada Korea Selatan.

 

Ikutan minat dan permintaan yang semakin meningkat terhadap produk penjagaan kulit, selain jenama, pengguna juga memberi lebih tumpuan kepada bahan-bahan yang digunakan bagi sesuatu produk itu. Sekali gus mendidik pengguna untuk mengenali bahan yang bersesuaian atau tidak dengan kulit.

 

Berpegang teguh kepada keaslian rahsia kecantikan wanita Korea, THE FACE SHOP menghasilkan Yehwadam menggunakan tiga bahan semulajadi yakni herba, tumbuh-tumbuhan, dan bunga yang dipilih mengikut kriteria dan piawaian terbaik.

 

Antara bahan bermutu yang terpilih adalah Heaven Grade Ginseng yang dianggap sebagai ginseng gred paling tinggi dan berusia enam tahun sebelum diguna pakai. Manakala Natural Pine Mushroom yang sukar untuk ditemui membantu merangsangkan saraf olfaktori dan mempunyai haruman menawan. Polygonum Multiflorum Root pula membantu proses rejuvenasi kulit untuk melambatkan kesan penuaan.

 

Umum mengetahui sebelum ini rakyat Malaysia kurang kesedaran dengan regim penjagaan kulit. Dengan alasan masih muda lagi atau enggan mengeluarkan wang. Dr Abrizah Ousmanpernah menyatakan, “Penghindaran adalah lebih baik daripada rawatan.” Selari dengan nilai yang dipegang oleh THE FACE SHOP, mereka menyediakan beberapa rangkaian khas mengikut peringkat umur.

 

Dari masalah kulit tidak sekata hingga ke tanda-tanda penuaan, rangkaian produk yang ditawarkan kini merangkumi pelbagai aspek membantu banteras isu-isu mengikut kehendak pengguna. THE FACE SHOP menempa nama mereka dalam industri ini dengan produk-produk anti-penuaan yang popular dalam kalangan peminat produk kecantikan. Terutamanya daripada rangkaian Yehwadam Revitalizing Moisturising ini disarankan kepada wanita lebih muda bagi membantu kembalikan kelembapan kepada kulit untuk tempoh masa yang panjang.

 

Rangkaian Yehwadam Revitalizing untuk wanita dalam lingkungan umur 25 tahun - 35 tahun pula membantu meningkatkan seri kulit anda dari dalam. Bagi wanita yang ingin mencerahkan lagi kompleksyen kulit dan rona kulit lebih sekata, anda boleh mencuba rangkaian Yehwadam Pure Brightening.

 

Bagi mereka berusia 36 tahun ke atas pula, rangkaian Yehwadam Heaven Grade Ginseng Rejuvenating yang sesuai untuk jenis kulit kering dan matang lebih disarankan. Lengkap dengan formula yang dinaik taraf siri ini mengandungi gabungan herba yang mampu menghilangkan garisan usia, kedut, dan membuatkan kulit lebih anjal dan muda.

 

Semoga pengkhususan produk mengikut usia dan kandungan mampu membangkitkan minat generasi muda di Malaysia untuk tidak mengabaikan penjagaan kulit mereka sedari awal. Keadaan tersebut lebih mudah bagi mereka mengenali kandungan dan tahap usia yang bersesuai dengan produk yang mahu dipilih.

 

Ikuti langkah-langkah ini untuk kulit lebih anjal, sihat, dan segar

Emulsi khas ini mengandungi lecithin yang membantu menghadang kulit anda daripada kering dan mengekalkan kelembapan untuk tempoh yang panjang.