Use your ← → (arrow) keys to browse
Rare Beauty
Foto: Rare Beauty
‘Soft Pinch Tinted Lip Oil‘ merupakan produk terbaru oleh Rare Beauty yang mendapat sambutan menakjubkan! Minyak bibir ini merawat bibir dalam masa yang sama memberikan warna dan kilauan yang paling selesa apabila memakainya. Bibir kekal licin dan terhidrat sepanjang hari dengan lapan pilihan warna yang dicipta. Kekal cantik dan menawan sepanjang raya kerana formula gel-ke-minyak adalah inovatif yang menyajikan kesan berkilat ke atas bibir. Membuatkan bibir tidak melekit serta kekal selesa sepanjang hari!