Keindahan Pameran ‘Stories Of A Miss’ Oleh Miss Dior
Christian Dior Parfums meraikan pembukaan Pameran Miss Dior ‘Stories Of A Miss’ dengan kehadiran para selebriti terkemuka, Natalie Portman dan Jisoo di Tokyo, Jepun.
Pameran Miss Dior meneruskan perjalanannya ke seluruh dunia dan kini mengambil alih Tokyo sebagai destinasi seterusnya. Bagi meraikan pelancaran Miss Dior Parfum baharu, Parfums Christian Dior mengadakan “Pameran Miss Dior: Kisah Seorang Wanita” yang membuka pintunya kepada awam dari 16 Jun hingga 15 Julai 2024. Pameran ini mempersembahkan koleksi yang luar biasa dengan mempamerkan karya seni, objek serta arkib warisan daripada House of Dior.
Berpangkal di Muzium Roppongi Tokyo, Jepun, kerjasama artistik oleh bakat dari persada antarabangsa telah dilakukan bersama buat beberapa karya yang dicipta khas untuk pameran Miss Dior kali ini. Direka oleh arkitek Shohei Shigematsu, pameran Miss Dior menjadi seolah syurga taman bunga yang indah. Semangat subur dan bebas Miss Dior telah memberi inspirasi kepada ramai artis termasuk Eva Jospin yang melakukan taman bunga bersulam, sebagai fungsi latar yang berprestij edisi Miss Dior. Di samping itu, lukisan cat air René Gruau dan Mats Gustafson serta ciptaan Yukimasa Ida, Sabine Marcelis dan Haruka Kojin turut dipamerkan.Â
Setiap tetamu juga dapat menikmati pameran di ruang yang membolehkan mereka menyelami haruman bunga ikonik bauan Miss Dior Parfum. Pengarah Penciptaan Parfum Dior, Francis Kurkdjian menggubah bauan seolah menghirup udara wangi yang diselubungi dunia wangian anggun. Pratonton pameran yang berlangsung pada 15 Jun 2024 telah dihadiri oleh barisan selebriti antarabangsa terkemuka. Wajah Miss Dior, Natalie Portman dan semestinya Jisoo BLACKPINK yang merupakan Wajah Beauty and Fashion Dior turut hadir bersama.
Antara Barisan Selebriti Di Acara Pameran Miss Dior ‘Stories Of A Miss’
1. Natalie Portman
2. Jisoo BLACKPINK
3. Christinna Kuan
4. Rikako Yagi
5. Ajyu Makita
6. Aya Omasa
7. Tomohisa Yamashita
8. Yuko Araki
9. Shun Oguri
10. Alice Hirose
11. Yuriko Takagi
12. Jun Hasegawa
13. Anne Nakamura
14. Taishi Nakagawa
15. Rina Kawaei
Artikel Berkaitan: Ke Destinasi Musim Panas A Summer In Dior Di Pavilion KL