Ke Destinasi Musim Panas A Summer In Dior Di Pavilion KL - Glam Malaysia
Ke Destinasi Musim Panas A Summer In Dior Di Pavilion KL

Ke Destinasi Musim Panas A Summer In Dior Di Pavilion KL

Bermula 5 Jun hingga 25 Jun 2024, Pavilion KL membawakan inspirasi French Riviera yang dipersembahkan oleh Dior bersama pop up eksklusif bertemakan “A Summer in Dior”.

Dior Beauty

Buat Christian Dior, Selatan Perancis sinonim dengan mencetus inspirasi yang menggabungkan keindahan alam semula jadi dan warna terang lautan Mediterranean. Destinasi French Riviera membibit cintanya untuk bersantai di musim panas. Musim ini, sebagai penghormatan kepada pengasas rumah Dior, gimik mewah yang mementaskan ruang pop up ekslusif yang bertemakan A Summer in Dior menyerlahkan di ruang tengah Pavilion Kuala Lumpur. Bayangan pop up ini seperti membawa anda singgah bercuti ke French Riviera sambil menikmati musim panas bersama Dior.

A Summer In Dior

Kala anda melangkah masuk, seperti kedatangan anda dialu-alukan ke musim panas Dior yang meriah dengan hiasan dekorasi gabungan rotan dan buluh. Motif cetakan corak Toile De Jouy kali ini menarik perhatian ramai dengan pilihan warna Terracotta yang membangkitkan semangat Riviera. Anda boleh melihat cetakan melewati hampir keseluruhan sudut. Cetakan Toile De Jouy ini juga dihasilkan dalam saiz yang sebenar apabila arca zirafah dan harimau turut berada di sini.

See also
Ketahui 3 Ilham Solekan Raya Terkini Bersama NARS

Dior Beauty

Di ruang pop up ini, turut menawarkan pilihan barangan kecantikan yang menjadi keperluan kala anda ingin bercuti di musim panas. Kulit semakin berseri dengan kehadiran penjagaan kulit Dior Prestige. Untuk wangian, tahun ini La Collection Privée memperkenalkan tiga haruman utama seperti Dioriviera, Eden-Roc dan Jasmin Des Anges. Masing-masing dibaluti kemas dalam tiga warna edisi terhad bersama corak couture ikonik Toile De Jouy. Juga tersedia dalam bentuk travel spray edisi terhad. Anda juga boleh melalui pengalaman istimewa dengan perkhidmatan yang diperibadikan dan menikmati perundingan percuma bersama Pakar Kecantikan Dior.

Dior

Rumah Dior menjanjikan selingan santai dengan koleksi Musim Panas disemai dengan suasana cerah dan warna-warni Dioriviera. Untuk maklumat lanjut mengenai pop-up dan koleksi musim panas 2024, sila layari laman rasmi Dior.com

Artikel berkaitan Dior Beauty Boutique kini di Kuala Lumpur