Kata Pakar Capture Totale Serum Ini Meremajakan Kulit Wajah-Glam Malaysia

Kata Pakar Capture Totale Serum Ini Meremajakan Kulit Wajah

1 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse

Capture Totale Le Sérum hadir dengan potensi baharu dalam mengaktifkan semula keremajaan kulit dan efektif kepada setiap jenis kulit dan tona kulit.

Capture Totale Dior Le Serum

SEMBANG CANTIK BERSAMA BRUNO BAVOUZET (PRESIDENT OF LVMH RECHERCHE), PROFESOR KNUT WOLTJEN (ASSOCIATE PROFESSOR CiRA, UNIVERSITI KYOTO) & ANNE-LAURE BULTEAU (LVMH RECHERCHE)

Menerusi perkembangan teknologi, mengapa versi baharu Le Serum menjadi pilihan wanita masa kini?

Progres sains sentiasa berkembang setiap hari. Seperti mengetahui kehadiran Stem Cells pada tiga tahun yang lalu sehingga prosesnya menemui sesuatu yang kami tidak jangka. Kami diberi peluang untuk membuat produk baharu dengan penemuan kandungan dan teknologi terkini. Ramuan utama Capture Totale bunga longoza adalah ikonik kerana Dior menemuinya hampir 20 tahun, melaluinya juga kami melalui beberapa peringkat seperti phytochemical untuk ekstrak ramuan sehingga ke terma laluan teknologi terkini ke produk terakhir.

Adakah pengunaan bunga Longoza bersifat kelestarian dan memelihara persekitaran ekosistem dan apakah bagaimana proses pengekstrakan?

Keseimbangan dalam penuaian, penjagaan dan penggunaan Longoza sememangnya bersifat kelestarian. Bunga Longoza merupakan tumbuhan liar dan ini bermaksud tiada air, tiada racun perosak, tiada baja dan tiada yang berkaitan saat memelihara Longoza. Kami hanya fokus kepada pendidikan tentang cara yang dalam menuainya demi menjaga biodiversiti dan kualiti ekosistem di sekelilingnya. Kami tidak lagi mengulangi proses yang sama, yang memberi kesan terhadap persekitaran. Malah, kini kami menemui proses baharu melalui penapaian yang telah diperkenalkan pada 2020. Digelar sebagai transformasi eko Longoza. Proses penapaian melalui bakteria dan yis adalah sangat berguna tanpa memerlukan sebarang bantuan.

See also
Ke Destinasi Musim Panas A Summer In Dior Di Pavilion KL

Capture Totale Le Serum ianya satu legasi cantik.

Adakah sains dan alam semula jadi saling bergantungan apabila berkaitan dengan penjagaan kulit wajah?

Ianya satu legasi cantik. Dunia telahpun didedahkan dengan inovasi bebas terutama dalam memahami alam semula jadi. Seperti sel stem, memerlukan ramai penyelidik bertauliah untuk memahami kegunaannya. Kadang-kala, anda ingin menggunakan sesuatu bahan yang menarik, tetapi nisbahnya hanya dalam skala sedikit di dalam tumbuhan, sebab itu mengapa produk sintetik menjadi ukuran kerana tiada elemen sustainability. Kehadiran serum baharu ini setiap proses kandungannya terlaksana dengan tahap terbaik iaitu 98%, kami mementingkan keseimbangan semula jadi dan menjadi garis panduan asas di Dior.

Dior Le Serum

Ramai wanita membuat perbandingan antara rawatan laser dan produk penjagaan kulit asas, yang manakah lebih efektif? Pandangan anda mengenainya

Rawatan laser merupakan prosedur kecantikan di bawah estetik manakala produk penjagaan kulit lebih kepada prosedur kosmetik. Namun, jika anda membuat kombinasinya tidak salah, kerana ia membuatkan kulit wajah lebih ekstra terlindung. Namun kekurangan mengenai rawatan estetik ini adalah kulit akan lebih terdedah dengan kerengsaan kerana lapisan pelindungan sedikit sebanyak berkurangan. Walhal, produk penjagaan kulit lebih bersifat aksesibel dan sesuai digunakan mengikut kesesuaian kulit dengan kadar yang selamat. Ada pelbagai jenis laser semuanya bergantung pada diri anda dan jenis kulit. Bagi saya, kita memerlukan kedua-duanya. Tip saya, mulakan penggunaan serum wajah di usia yang muda agar dapat menghindari masalah pra-penuaan.

See also
5 Jenama Pimple Patch Pilihan GLAM