Karya Dandanan Di Landasan Fesyen - Glam Malaysia

Karya Dandanan Di Landasan Fesyen

Menariknya musim bunga/panas ini, dunia kecantikan kelihatan lebih sengit terutamanya dari sudut penampilan secara menyuluruh di pentas peragaan dunia. Dari warna palet yang lebih berani dan kilauan bersinar, turut dipersembahkan adalah gaya rambut yang mengagumkan. Bukan itu sahaja, penggayaan rambut yang mementingkan siluet menarik dan corak imaginatif dilihat sebagai semangat kreatif yang diraikan secara kolektif. Ikuti empat trend sensasi rambut yang turut menghiasi Spring Summer 2020, menggunakan alat penggayaan rambut dari GHD Hair. 

 

1. Kekal Low Profile

Penggayaan siluet pada bahagian belakang seperti siput rendah di bahagian leher, kebanyakkannya mementingkan gaya kemas bak sleek-back di mana menjadi satu penampilan yang sensasi di pentas peragaan. Gaya ini dapat dilihat menerusi persembahan oleh Moschino, Victoria Beckham, Longchamp, Prada dan Proenza Schouler. 

Moschino SS20. Photo Credit: GHD Hair

 

 

2. Gelombang Moden

Menerusi penggayaan rambut bergelombang, para dandadan profesional bereksperimen dengan efek lelaran yang penuh, tekstur rambut wet-look, dan wave bersinar sekali gus memperoleh gaya rambut panjang untuk dilepaskan ke belakang dengan lebih kreatif. Juga dapat dilihat di pentas peragaan House of Holland, Philosophy, Balmain, 3.1 Philip Lim dan Rejina Pyo.

House of Holland SS20. Photo Credit: GHD Hair

 

See also
Tranformasi Terbaru Selena Gomez Memberikan Aura Segar

 

3. Double Trouble

Gaya gantungan siaga rambut braids turut diperagai merentasi semua ibu kota fesyen kali ini. Sama ada gaya ini mengandungi unsur penampilan ala school-girl staple, mahupun dihiasi dengan permata berkilau untuk gaya lebih anggun. Two is better than one! Menjadi pilihan jenama dan pereka fesyen seperti Alice + Olivia, Max Mara, Christian Dior, dan Bora Aksu.

Bora Aksu SS20. Photo Credit: GHD Hair

 

 

4. Own Your Crown

Penggunaan imaginasi menerusi perhiasan mutiara dilihat sebagai pengambilan gaya tanpa batas. Hiasan sentimen laut ini ditenun menerusi gaya cornrows, disematkan melalui fishtail braids, dan sememangnya melengkapi elemen aksesori rambut yang mampu menambah kemewahan segera. Gaya ini dilihat menerusi persembahan Alice + Olivia, Simone Rocha, Andrew Gn dan Khaite.

Andrew Gn SS20. Photo Credit: GHD Hair