Use your ← → (arrow) keys to browse
Sejak Johnny menandatangi kontrak pertama bersama Dior pada 2017, Sauvage telah menjadi wangian terlaris di dunia sekali gus mengatasi wangian wanita terkenal daripada Chanel dan jenama tersohor lain, menurut Business of Fashion.
Bagaimanapun kerjasama itu tidak terlepas daripada kontroversi. Pada 2019, sebuah iklan Sauvage melibatkan pelakon itu yang menampilkan imej berkaitan Orang Asli Amerika dituduh melakukan pengambilan budaya.
Dior turut terhimpit pada tahun 2020 apabila bintang Pirates Of The Caribbean itu kalah dalam kes fitnah terhadap akhbar Britain yang menggelarnya sebagai ‘kaki pukul bini’.