Use your ← → (arrow) keys to browse
Bintang berbakat besar, Johnny Depp mengeratkan semula perhubungannya dengan jenama tersohor Perancis, Dior.
Johnny dikhabarkan telah menandatangani perjanjian beberapa tahun bernilai tujuh angka untuk kembali menjadi duta Sauvage Cologne yang merupakan salah satu produk terlaris jenama itu.
Beberapa hari lalu, akaun Instagram rasmi Dior Beauty memuat naik foto dan video belakang pentas konsert pelakon itu di Paris, dirakam secara eksklusif oleh jurufoto terkenal Greg Williams.