It's Here! Gucci Beauty Store Bakal Tiba Di Malaysia - Page 2 of 5 - Glam Malaysia

It’s Here! Gucci Beauty Store Bakal Tiba Di Malaysia

Buat penggemar kecantikan, ini adalah berita baik buat anda! Gucci Beauty Store ini bakal tiba Malaysia pada 1 Disember ini. Pada bulan Mei yang lalu, Gucci Beauty telah membuat kemunculan kembali dengan koleksi terbarunya di bawah manifesto kecantikan oleh Pengarah Kreatif Gucci, Alessandro Michele.

Menyampaikan mesej baru kepada industri dan mereka yang memakai solekan, kempen yang menampilkan koleksi pertama Alessandro Michele ini diberi nama Lipstick Chapter 1. Ia mempunyai 58 rona warna gincu bibir yang dicipta dalam tiga jenis kemasan yang berbeza. Dengan hanya RM 152 bagi setiap satu serta pilihan antara gincu bibir dengan kemasan Satin, Sheer dan Balm ini sudah pasti semua wanita ingin memiliki gincu ikonik ini.

Khas dengan pembukaan Gucci Beauty store di Malaysia juga bakal mempersembahkan dua gincu edisi terhad bagi perayaan Krismas akan datang. Koleksi edisi terhad The Lunaison Lipsticks ini hadir dengan kemasan glitter dan gambar kempen dirakam berlatarkan istana musim sejuk ini bakal dijual dengan harga RM 167 bagi setiap satu. Jadi jangan lupa kunci tarikh 1 Disember di Suria KLCC bagi pembukaan Gucci Beauty Store nanti!

2 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse