Inventive And Confident! Kylie Jenner Ke Hadapan Dengan Menjual Kosmetik Menerusi Vending Machine - Glam Malaysia

Inventive And Confident! Kylie Jenner Ke Hadapan Dengan Menjual Kosmetik Menerusi Vending Machine

Kreatif, inventif dan yakin! Ya, itulah Kylie Jenner. There’s something bout this girl apabila baru-baru ini, Kylie Jenner mengumumkan idea menarik di laman instagramnya dengan menjual produk kosmetiknya menggunakan mesin jual layan diri atau vending machine . Tampil dengan idea bernas ini,  antara produk yang dijual melalui mesin itu ialah variasi warna gincu, pembayang mata serta koleksi kosmetik lain seperti Burgundy Extended Palette dan Bronze Extended Eye Shadow Palette.

Mesin jual diri Kylie yang terletak di Lapangan Terbang McCarren, Las Vegas ini berona hitam, dengan tertera perkataan ‘KYLIE’ dalam huruf besar serta tetingkap kaca di mana barisan produk eksklusif dipamer indah di dalamnya. Menurut Kylie lagi, dia turut berkolaborasi dengan rakan niaga yang juga merupakan saudara kandungnya, Khloe Kardashian dalam menghasilkan produk kosmetik.

Namun di sebalik ilham dan inovasi Kylie ini, rupa-rupanya sudah ada jenama sebelumnya dahulu menjual barangan kosmetik menerusi vending machine, iaitu jenama Benefit. But well, still a great effort Kylie! 

Foto: https://www.reddit.com/

 

See also
Pati Avokado Rahsia Kulit Badan Kering