Use your ← → (arrow) keys to browse
Wanita mana yang mahu tua? Revolusi teknologi kecantikan hari ini, mampu melengahkan masa dari meragut keremajaan sedia ada. GLAM singkapkan rahsia muda disebalik selebriti terkenal.
Golongan ini hampir berumur setengah abad, tidak mampu mengekang kecantikan mereka dan tidak mamah usia. Barisan selebriti seperti Jennifer Lopez, Lucy Liu, Gwyneth Paltrow, Halle Barry dan Jennifer Aniston.
Halle Berry
Berumur 54 tahun, berkongsi rahsia rutin kecantikan yang tidak pernah dia skip walaupun sesaat. Empat langkah sering dia amalkan adalah membersih wajah dengan sempurna, exfoliate kulit, katanya kulit muka harus menggelupas bagi memiliki kulit yang mulus dan cantik. Jangan abaikan bahagian leher. Masker muka digunakan selama 15 minit dengan cara menampar wajah agar dapat mengejutkan sel kulit dan pelembap wajah menggunakan produk yang mengandungi asid laktik yang bertindak membuang sel mati.