Ini Diari Cantik Rashmita Rasindran, Juara Miss Charm 2024
Rashmita Rasindran merupakan si jelitawan yang baru-baru ini telah dianugerahkan sebagai pemenang Miss Charm 2024! GLAM kongsikan Diari Cantik bersama Rashmita, menyelami rahsia cantik sebagai seorang model yang sentiasa tampil yakin dan menawan.
Model berumur 25 tahun dan berasal dari Kuala Lumpur, Rashmita Rasindran telah menjuarai pertandingan ratu cantik Miss Charm 2024, sekali gus membanggakan nama Malaysia di peringkat antarabangsa. Keterampilannya yang sentiasa tampak yakin, membuatkan kecantikannya jelas memancar. Ikuti GLAM mendekati Rashmita secara eksklusif untuk Diari Cantik kali ini!
Diari Cantik: Rashmita Rasindran Miss Charm 2024
1) Sebagai seorang model, bagaimanakah Rashmita tampilkan keterserlahan dan keyakinan diri?
Posture and body language are important. Saya percaya jika mempunyai postur yang baik seperti menjaga postur badan, a good eye contact serta senyuman, ia membantu tampilkan keterserlahan dan keyakinan diri. Selain itu, mementingkan kesihatan mental dan penjagaan diri adalah penting bagi saya.
2) Apakah satu trend kecantikan yang Rashmita temui di media sosial dan kini menjadi rutin?
Satu trend yang telah menjadi rutin cantik saya adalah penggunaan minyak badan dan muka berbanding losyen. Sebagai seorang yang mempunyai masalah kulit kering, ia adalah hack yang sangat berkesan dan anda juga boleh mencubanya!
3) Kongsikan siapa ikon kecantikan yang menjadi pilihan Rashmita?
Naomi Campbell. Dia seorang yang melambangkan kekuatan, keberanian,dan ketabahan. Perjalanannya sebagai supermodel perintis inspirasi saya yang mencerminkan kerja keras dan dedikasi dalam industri yang kompetitif, sambil mengekalkan keanggunan dan keyakinan ikoniknya.
4) Apakah satu item cantik yang Rashmita cukup obses?
Saya kini cukup obses dengan lip gloss! Saya suka akan kemasannya dan akan pastikan bibir saya sentiasa kelihatan lembap serta lembut. Dior Addict Lip Glow Oil adalah kegemaran saya sekarang.
5) Nyatakan definisi kecantikan bagi Rashmita dalam tiga perkataan.
Berani, yakin dan kuat. Saya percaya bahawa kecantikan bukan sahaja datang daripada penampilan luaran sahaja, tetapi juga penting dari segi dalaman dan karakteristik.
Artikel berkaitan: Eksklusif: Diari Cantik GLAM Bersama Julie Anne Kang