Ilham Solekan Elegan Armani beauty Look - Glam Malaysia
Armani beauty

Ilham Solekan Elegan Armani beauty Look

GLAM X Armani beauty membariskan selebriti terkenal dan jurusolek selebriti pilihan untuk ilham solekan cantik Armani beauty look.

Scha Al-Yahya

Tanpa solekan sempurna, tidak lengkaplah momen istimewa anda. Armani beauty membawakan siri tutorial solekan yang menggunakan barisan produk Armani ikonik. Penampilan khas aktres terkenal Scha Al-Yahya, Anna Jobling dan Amelia Henderson tampil menawan dan eksklusif dalam siri Armani beauty look bersama barisan jurusolek selebriti terkemuka seperti Khir Khalid, Cat Yong dan Shiyo Jo. Setiap siri ini juga menampilkan variasi solekan mengikut tip dan trik solekan oleh jurusolek pilihan GLAM X Armani beauty.

Armani beauty membawakan siri tutorial solekan yang menggunakan barisan produk Armani ikonik

Aktres Scha Al-Yahya dipasangkan bersama jurusolek selebriti, Khir Khalid. Pasangan duo ikonik ini cipta legasi tersendiri! Untuk mencipta wajah ikonik, Khir menggunakan Power Fabric+ Foundation (Shade 4) sebagai asas kerana Scha memerlukan kesegaran kulit yang tahan lama dan bersinar. Menurut tip kecantikan Khir, bedak asas cecair lebih mudah disapu menggunakan jari agar teksturnya serap sekata dan tampak lebih semula jadi seperti second skin finish. Lengkapi solekan elegan ini dengan gincu Lip Maestro (Shade 214). Bagi Scha, tekstur kemasan baldu matte ini melitupi keseluruhan bibirnya dan terbentuk dengan mudah.

See also
Lea Seydoux Bintangi Kempen Wangian Pertama Louis Vuitton

Menurut tip kecantikan Khir, bedak asas cecair lebih mudah disapu menggunakan jari agar teksturnya serap sekata dan tampak lebih semula jadi seperti second skin finish.

Anna Jobling

Untuk dapatkan wajah solekan berseri, Luminous Silk Foundation menjadi pilihan aktres muda, Anna Jobling. Untuk siri solekannya, dia bersama jurusolek selebriti Cat Yong memilih ilham solekan flawless buat Anna. Sebagai asas Luminous Silk Foundation (shade 2) sesuai dan sekata dengan tona kulitnya. Jelasnya lagi, kulit Anna sudah sempurna dan memiliki tekstur kulit sekata, dia tidak memerlukan tambahan yang tebal. Cukup sekadar menyerlahkan lagi kecantikan semula jadinya. Lebih lengkap jika dikaburi dengan penyamar noda, Power Fabric Concealer (shade 3) yang akan mengekalkan kesegaran dan kulit bersinar sepanjang hari. Untuk bibir mungil Anna, Lip Power (shade 110) menjadi pilihan sesuai untuk solekan anggun dan bersahaja ini.

Untuk dapatkan wajah solekan berseri, Luminous Silk Foundation menjadi pilihan aktres muda, Anna Jobling.

Aktres, hos TV Amelia Henderson sesuai dengan solekan yang lebih membangkitkan mood riangnya! Pasangannya untuk siri Armani beauty look ialah jurusolek selebriti terkenal, Shiyo Jo. Gabungan kedua-dua mereka sangat serasi dan Shiyo sangat mengetahui kesukaan Amelia kala bersolek. Dengan menggunakan barisan produk ikonik Armani, lagi terserlahlah wajah cantik Amelia. Untuk asas wajahnya, Shiyo menggunakan Power Fabric+ Foundation (shade 3). Aplikasinya secara dabbing dengan spun lembut agar ia menyerap dengan sekata dan tidak meninggalkan kesan kering pada muka. Menurut Amelia, sejujurnya dia pengguna tegar Power Fabric+ Foundation dan apa yang digemarinya adalah tekstur bedak yang ringan dan melitupi keseluruhan wajah dengan sempurna.

See also
Fesyen Menarik Pelakon-pelakon Ocean's Eight

Amelia Henderson

Selepas sapuan bedak asas Power Fabric+ Foundation, Shiyo meletakkan penyamar noda, Power Fabric Concealer (shade 3) hanya dengan teknik 3 spots di bahagian zon-T, bawah mata dan di tepi bibir. Untuk mata Amelia, Eye Tint Liquid Eyeshadow (shade 11) menjadi pilihan semula jadi, nampak lebih bersahaja. Melengkapi keseluruhan solekan sempurna Amelia, Shiyo memilih gincu Lip Maestro Liquid Lip Colour (shade 202).

Artikel berkaitan Foto Belakang Tabir Filem Armani Beauty Bersama Cate Blanchett