Highlighter Ibarat Magis Berbentuk Hati - Glam Malaysia

Highlighter Ibarat Magis Berbentuk Hati

✨TURN ON YOUR LOVE LIGHT ✨ March 2017 #toofaced #comingsoon

A photo posted by Jerrod Blandino (@jerrodblandino) on


 

Jenama kosmetik Too Faced telah melancarkan pelbagai produk untuk tahun 2016 seperti koleksi kolaborasi bersama Kat Von D ‘Better Together’, koleksi ‘Sweet Peach’, pensil kening, koleksi gincu Unicorn Tears dan juga emoji mereka sendiri. Sebelum 2016 berkahir Too Faced telah mengumumkan kedatangan palet ‘Natural Love’ pada pertengahan tahun ini dan juga koleksi eyeliner dengan kemasan glitter pada tahun 2018.

 

Ibarat satu tradisi buat pengasas syarikat ini, beliau sekali lagi mengejutkan peminat jenama ini dengan satu gambar yang dikongsikan di Instagramnya dan secara tidak langsung mengumumkan kedatangan produk baru mereka iaitu koleksi highlighter yang bakal dilancarkan Mac ini.

 

Highlighter yang terdapat dalam gambar tersebut terus mengusik hati kami di GLAM dengan packaging cantik berbentuk hati dengan rona-rona lembut powder highlighter tersebut yang meng’highlight’kan rupa produk-produk itu.

See also
Dior Suite Pilihan Bintang Terkenal Tampil Menawan di Cannes

 

Apa yang dapat disimpulkan melalu gambar tersebut adalah koleksi highlighter ini mempunyai tiga warna (mungkin banyak lagi?) iaitu emas, rose gold dan perak iridesen. Nantikan kedatangan beauties ini  pada bulan Mac akan datang!