Hidrasi Kulit Matang

Hidrasi Kulit Matang

beautiful woman applying moisturizing creamGambar INGimage

 
Faktor umur yang semakin meningkat membuatkan keadaan kulit wajah seiring berubah. Antara kesan ketara terhadap kulit adalah adalah kelembapan serta keanjalan semakin berkurangan. Kulit matang memerlukan penjagaan yang lebih rapi dan GLAM ada caranya untuk membantu mengekalkan hidrasi kulit.
 
1. Pengelupasan Kulit
Teknik pengelupasan amat penting terhadap kulit matang kerana ia membantu untuk mengikis sel kulit mati sekaligus membuatkan wajah tampil bersih dan segar. Ianya turut berkesan menghilangkan garis halus pada wajah selain membantu kulit untuk menyerap nutrisi yang terdapat dalam produk penjagaan kulit yang digunakan.
 
2. Produk Pelembab
Produk pelembab berkesan dalam membantu hidrasi kulit matang. Pilih produk yang bersesuaian dengan kondisi kulit dan sapu dengan urutan perlahan di wajah.
 
3. Sinaran Matahari
Kulit matang menjadi lebih sensitif sekiranya terdedah kepada cahaya matahari kerana kekurangan pengeluaran kolagen akibat faktor umur. Gunakan produk perlindungan sinar matahari untuk memelihara wajah dari rosak akibat sinaran UV.
 
4. Elak Wap Muka
Elakkan dari melakukan wap muka atau facial steaming secara berlebihan kerana ianya boleh menyebabkan kulit menjadi lebih kering.
 
5. Pemilihan Produk Komestik
Sekiranya sering menggunakan solekan, pastikan untuk memilih produk kosmetik yang membantu untuk mengekalkan hidrasi wajah dan tidak menyebabkan kulit bertambah kering.
 
6. Makanan Tambahan
Makanan tambahan seperti vitamin B complex dan Omega 3 berkesan untuk membekal nutrisi terhadap wajah.
 
 

See also
Trend Asas Solekan Di Era Pandemik