Helah Tatarias Glamor

Helah Tatarias Glamor

mostglam vanessaVanessa Chong, Most GLAM 2012. Gambar: Bustamam Mokhtar

 
Untuk berdandan anggun kala hadir ke acara glamor pasti bikin anda bingung. Apatah lagi menetapkan gaya khas buat acara itu. GLAM tampilkan helah hangat supaya anda tampil hebat dan menarik perhatian!
 
MULTIDEMENSI SMOKY EYES
Sepasang mata ghairah dan effortless menyerlahkan lagi gaya misteri juga daya penarik. Tatarias berdimensi smokey eyes adalah dengan layangan pembayang rona kelabu, kelabu tua juga biru laut ke atas solekan sedia ada. Calitkan celak pada sekitar kelopak mata kemudian gunakan berus tirus, adun dan mesrakan di bahagian paling hampir dengan bulu mata. Akhir sekali, sapukan maskara berganda agar mata seakan berbingkai, luas dan bermaya!
 
DO THE TWIST
Hasilkan kelainan jika anda mula jelak dengan gaya rambut lurus dan simple. Cipta gaya rambut sebelah yang bakal menyerlahkan lagi keanggunan anda. Gaya klasik dan elegan pada masa yang sama memberi persona anggun dan pasti mencuri tarikan hadirin. Guna syampu yang baik agar rambut dijaga sihat, guna minyak dan penyembur rambut khas kala penggayaan juga amat penting agar rambut tampak bersinar.
 
CALITAN RONA
Usah lupa menambah gaya dengan warna kuku sebelum keluar ke acara meriah. Bila berpenampilan menawan berserta busana, sepatu, solekan dan dandanan rambut yang hebat, jangan terlepas pandang kecantikan kuku. Walau tiada kelapangan, kuku bisa dirawat di rumah sahaja. Bersihkan kutikel, salutkan krim tangan dan sesuaikan warna kuku pilihan anda dengan gaya, pasti anda tampil lebih ceria.
 
ALUNAN ALIS
Agar wajah terletak dan nampak berstruktur serta bentuk muka lebih jelas, bawa perhatian hanya kepada alis kening. Fokus pada bahagian atas wajah dan ukir tepat bermula di pertengahan kening hingga tidak melebihi penghujung mata. Wajah yang bulat tidak lagi menonjol dengan bantuan magis solekan seperti ini. Pilih rona penggaris sedikit terang dari warna kening, juga yang bertekstur keras dan waxy, jangan sama dengan eyeliner. 
 
BIBIR MERAH SAGA
Rock some red on your lips! Tambah sinar pada bibir manja dengan olesan rona terang lagi sensual. Trend hangat juga memfokuskan bahagian wajah. Bibir, cuba helah moden untuk menyerlahkannya. Lapisan gincu rona merah atau merah jambu memantulkan rona berani. Sesudah itu, salap lip gloss berkilat menambah aura bibir seksi. Aplikasi ini lebih mudah jika dibandingkan dengan aplikasi heavy lipstick.
 
HEI, DRAMA QUEEN
Demonstrasi solekan ‘z’ untuk malam glamor? It’s a YES! Sesuai buat solekan malam hari dengan kilauan yang menerbitkan rasa mewah tersendiri. Impak dramatik menjadi rahsia kepada tata rias cream blush dan bukannya serbuk, muncung bibir kedepan dan sedutkan pipi ke dalam. Dengan menggunakan berus bersudut, layangkan pemerah pipi pada bahagian bawah pipi hingga ke telinga. Dab highlight pada tulang pipi, bawah kening, hidung dan dagu.
 
 

See also
Trend Kuku Chrome Untuk Tahun 2017