Happy 25th Anniversary Laura Mercier - Glam Malaysia

Happy 25th Anniversary Laura Mercier

Kali pertama berada di dunia kosmetik pada 1996, tahun ini Laura Mercier menyambut Ulang Tahun yang ke-25.

Laura Mercier mula mencipta jenamanya sekitar tahun 1996 dan pada 1997 jenamanya mula dikenali seluruh Amerika Syarikat. Berbekalkan kredibiliti, penghasilan produk bermutu tinggi dan punya teknik solekan profesional, Laura Mercier berjaya menggungguli dan menguasai dunia kosmetik selama 25 tahun.

Sempena meraikan hari penuh bermakna ini, Laura Mercier melancarkan dua edisi terhad iaitu Translucent Loose Setting Powder Jumbo dan Translucent Loose Setting Powder Luxe dalam bingkisan edisi ‘collector’. Tahukah anda, Translucent Loose Setting Powder merupakan ciptaan pertama Laura pada 1996 dan merupakan pilihan pertama dunia hingga menjadi ikonik. Untuk edisi terhad ini, rekaannya lebih eksklusif bersama hasil seni oleh Kit Agar yang melakar siluet wajah abstrak keliling kelalang.

Setiap ilham seni Kit Agar ini dipilih secara personal. Sesuai dengan ideologi peribadi Laura, ‘What makes you unique makes you beautiful’ menjadi ilham utama Kit Agar untuk Laura Mercier. “I was especially intrigued by Kit’s unique vision for her face profile drawings, they lured me in with simplicity, yet there was something incredibly original about the way her work comes life. It’s quite inspiring to have that vision as such a young artist,” menurutnya.Kit Agar merupakan seorang artis English dan ilustrator yang cukup terkenal dengan hasil seni feminine dan punya formasi bold lines disebalik palet rona pastel. Barisan karyanya daripada ilham poetik Picasso-esque line drawings hinggalah ke kolaj berona terang lagi dinamik.

See also
Eyeliner Kalis Air Baru Bakal Menemui Anda April Ini

Ciptaan bedak tabur ikonik ini sememangnya memberi kesan solekan flawless dan mudah diaplikasi. Kredibiliti bedak yang bertekstur halus dan weightless ini menyerlahkan kulit wajah dengan sekelip mata serta bertahan selama 16 jam. Dapatkan dua edisi terhad ini, Translucent Loose Setting Powder Jumbo (RM229) dan Translucent Loose Setting Powder Luxe (RM409) di setiap butik Laura Mercier atau kunjungi ke laman rasmi lauramercier.com.my

Untuk mengetahui 15 pro-tips menggunakan Setting Powder, sila ikuti siaran langsung Laura Mercier Cosmetics Malaysia di laman Facebook pada 14 April 2022, tepat jam 8.30pm. Bukan itu sahaja, terdapat promosi ekslusif bernilai RM50 dan percuma Pure Canvas Primer dengan pembelian bernilai RM250 serta membawa pulang hadiah set ekslusif.

Artikel berkaitan Solekan GLOW Pilihan Utama Jurusolek