Guna Ini Untuk Solekan Tahan Lama - Glam Malaysia

Guna Ini Untuk Solekan Tahan Lama

Gucci Beauty hadir dengan solusi istimewa dalam menawan masalah solekan bercapuk atau tidak sekata. Kombo Duo Baume Nourrissant Universel dan Brume De Beauté pelengkap rutin asas anda.

Manjakan diri dengan produk baharu Gucci Beauty Baume Nourrissant Universel dan Brume De Beauté yang kaya dengan khasiat dan formulanya sesuai untuk semua jenis kulit. Menarik mengenai kombo ini adalah boleh digunakan oleh wanita dan juga lelaki! Sudahpun berada di pasaran sejak Jun 2022, kedua produk ini menawarkan formula bersifat weightless dan selesa sepanjang hari. Malah, buat kulit lebih sihat, segar dan semula jadi.

Gucci Baume Nourrissant Universel adalah balm yang mewah terbentuk dalam kompak istimewa bersifat multi-use. Tidak punya aroma dan diperbuat daripada 100%. Samada anda ingin gunakan pada bibir, wajah atau sebagai highlight di tulang pipi semuanya boleh dilaksanakan. Kerana teksturnya yang ingin dengan campuran minyak botanik buat kulit kekal lembap.

Gucci Brume De Beauté pula merupakan Beauty Mist yang bertindak untuk kekalkan kesegaran kulit wajah sehingga 48 jam. Kandungan seperti Black Rose Oil, Asid Hialuronik membantu untuk mengimbangi solekan di siang hari.

See also
ADI BUSANA DIOR MUSIM LURUH/SEJUK’16 MENGETENGAHKAN PERIHAL NAFAS BARU JAKET BAR DAN SIMBOLIK NUASA HITAM DAN PUTIH.

Artikel berkaitan Gucci Beauty Tonjolkan Mood 80-an Untuk Kempen Bedak Asas Pertamanya