Dari Mata Turun Ke Hati, Palet Warna Gucci Beauty Idaman Wanita GLAM - Glam Malaysia

Dari Mata Turun Ke Hati, Palet Warna Gucci Beauty Idaman Wanita GLAM

Gucci Beauty memperkenalkan palet 4 warna pertama iaitu new Palette De Beauté Quatuor. Setiap warna yang hadir lambang kebebasan wanita penuh dengan imaginasi.

Gucci beauty

Palette De Beauté Quatuor baharu ini hadir dengan 4 warna berbeza untuk kegunaan pelbagai untuk bahagian mata, bibir dan pipi. Dalam satu palet yang kompak anda mudah membawanya ke mana-mana dengan bebas. Kemasan satin, matte boleh digunakan sebagai pembayang mata atau pemerah pipi. Lebih menarik digabungkan dengan formula krim selesa dipakai dan tahan laman.

Gucci Beauty Rose Nitida

Rose Nitida

Koleksi Palette De Beauté Quatuor  hadir dengan 3 palet warna yang berbeza seperti Summerina Brown, Rosa Nitida dan Wild Bouquet. Setiap warna dipilih melambangkan Gucci Beauty. Setiap palet membuka kunci dunia permainan terbaik dari setiap beg solek pencinta kecantikan dalam satu kompak serba boleh.

Koleksi Palette De Beauté Quatuor hadir dengan 3 palet warna yang berbeza seperti Summerina Brown, Rosa Nitida dan Wild Bouquet

Gucci Beauty Summerina Brown

Summerina Brown

Direka bentuk untuk menjadi objek idaman, Palette De Beauté Quatuor disarung dalam padat berwarna emas yang dihiasi dengan hiasan berinspirasikan vintaj di bahagian atas. Sarung unik ini membawa ekspresi palet mudah alih sedia untuk kegunaan cepat! Kerana ia juga bersama cermin kecantikan dan dua berus aplikator di bahagian hujung, jadi semua orang yang memilikinya boleh mengubah penampilan mereka pada bila-bila masa.

Gucci Beauty Wild Bouquet

Wild Bouquet

Kehadiran kempen terbaru untuk Palette De Beauté Quatuor berilhamkan gambar buku tahunan, lantas mencipta semula tangkapan klasik menjadi foto berkumpulan yang berwarna-warni di mana-mana rupa. Teringat zaman dulu-kala apabila wanita berkumpul, mereka akan berkongsi barangan kecantikan sesama sendiri dengan bebas. Palet kompak Palette De Beauté Quatuor dijual dengan harga RM307.

See also
Nina Ismail Sabri Merungkai Dunia Perniagaan Dengan Cara Sendiri

Artikel berkaitan Gucci Beauty Tonjolkan Mood 80-an Untuk Kempen Bedak Asas Pertamanya