Mood yang ditetapkan oleh barisan jemputan Golden Globes tahun ini adalah selaras dengan gerakan Time’s Up yang dimulakan oleh sekumpulan 300 wanita dalam industri perfileman di Hollywood untuk memberi kesedaran terhadap isu kesetaraan jantina yang semakin menular dalam industri megah ini.
Dengan mengenakan dress dan gaun berona serba hitam, bukan sahaja mereka tampak lebih menawan malah mereka menyampaikan mesej yang lebih mendalam berkenaan isu penting ini. Melengkapkan look mereka pada malam penuh makna itu, barisan aktres ini juga turut memukau lensa kamera dan pihak umum dengan solekan yang minimal dengan hanya memberikan tumpuan kepada satu ciri sahaja pada wajah mereka sebagai point utama.
Klik seterusnya untuk mengamati look mekap menawan barisan aktres di Anugerah Golden Globe ke-75.