GLAM Reviu: Terapi Tubuh Hebat Untuk Berat Badan Ideal Kekal Lebih Lama - Glam Malaysia

GLAM Reviu: Terapi Tubuh Hebat Untuk Berat Badan Ideal Kekal Lebih Lama

1 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

Benarkah penurunan dan penambahan berat badan seseorang itu adalah disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon?

Hormon terlibat dalam hampir setiap aspek kesihatan termasuklah fungsi seksual, pertumbuhan dan perkembangan, mood, selera makan, dan metabolisme. Atas sebab ini, disregulasi hormon apabila badan anda mengeluarkan terlalu sedikit atau terlalu banyak hormon boleh memberi kesan yang ketara kepada kesihatan, termasuk berat badan.

Hormon mempengaruhi penggunaan tenaga atau jumlah kalori yang dibakar oleh badan anda setiap hari. Inilah sebabnya turun dan naik berat badan seseorang boleh menyebabkan penambahan atau penurunan berat badan, serta pengumpulan lemak badan di bahagian tertentu.

The first step to body confidence starts now! Terapi tubuh Hormone Rebalancing yang ditawarkan oleh Curvena ini dengan kandungan mandian rempah ratus, scrub kafein, Terapi Bio MicroCurrent dan pupur badan yang berfungsi untuk mengimbangi hormon langsung mengekalkan berat badan dan melegakan tekanan dek kesibukan harian. Di samping itu, anda juga dapat mencapai ketenangan yang mendalam dan memperoleh rehat yang baik melalui rawatan ini.

See also
Kata Pakar Capture Totale Serum Ini Meremajakan Kulit Wajah

Curvena, jenama kesihatan fizikal tempatan premium yang komited untuk menawarkan penyelesaian pengurusan berat badan jangka panjang yang mampan kepada wanita Malaysia. Dengan gabungan kaedah holistik ke dalam terapi tercanggih yang dibangunkan untuk jenis badan wanita Asia.

Adakah rawatan ini sesuai buat anda?
Terapi Hormonal Rebalancing ini adalah rawatan terbaik untuk anda yang berdepan dengan kebimbangan bila mana anda sering mengalami kembung perut, tekanan kerja dan kehidupan yang berpanjangan, sering keletihan dan berkenaan isu pengurusan berat badan.

Apakah pula faedahnya?
Selain memperbaiki hormon untuk penyelenggaraan berat badan yang lebih baik, rawatan ini dapat melegakan tekanan dan otot, menyahtoksin badan, melegakan simptom kembung perut sekaligus memperbaiki peredaran darah agar tubuh anda.