GLAM Cantik Bersama Hunny Madu - Glam Malaysia

GLAM Cantik Bersama Hunny Madu

“Saya sentiasa mengimpikan kulit sempurna seperti Miranda Kerr. She’s definitely one of my beauty icons!”

 
hunny-kayda-1-of-13
 
Huraikan rejim kecantikan anda
Saya memakai solekan hampir setiap hari dan rejim kecantikan yang paling penting adalah dengan menyapu pelindung sinar agar ia melindungi kulit saya daripada cahaya UV dan semestinya mencuci solekan sebelum tidur. Magis Shu Uemura Cleansing Oil menanggalkan 100 peratus solekan dan kotoran!
 
How do you feel most beautiful?
Saya rasa paling menarik dengan sepasang seluar denim biru, kutang putih dan bibir merah.
 
Apakah jenama produk penjagaan kulit kegemaran anda?
Saya telah menggunakan Shu Uemura beberapa tahun yang lalu. Produk kegemaran saya turut berubah dari semasa ke semasa. Walaupun Shu Uemura Cleansing Oil adalah produk saya tidak boleh hidup tanpanya, saya juga menyukai palet pembayang mata dari Shu, pelbagai warna menarik untuk dipilih dengan kolaborasi menarik.
 
Pendapat anda tentang Shu Uemura?
Shu Uemura is a really good brand for skin care and make up! Saya berpegang teguh kepada semua produk Shu Uemura, baik penjagaan kulit mahukan solekan. Setiap musim ada sahaja koleksi baru dalam beg solek saya. Ia benar-benar membantu kulit saya menjadi lebih segar dan berseri.

See also
Kecapi Kompleksi Wajah Cerah Lagi Bercahaya