Eksklusif GLAM Beauty Awards 2018

GLAM Beauty Awards 2018

Buat julung kalinya, GLAM menyenaraikan produk-produk kecantikan yang harus anda cuba masuk tahun baru ini. Gilap penampilan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki dalam masa 30 hari! Klik seterusnya.

 

Teks: Suzie Adnan

13 of 30

GLAM Beauty Awards 2018

Buat julung kalinya Dyson yang terkenal dalam menghasilkan produk elektronik rumah menggunakan teknologi serba canggih ini kini mencipta peralatan elektronik yang mampu berjasa dalam industri kecantikan. James Dyson yakni pengasas Dyson amat berpuas hati dengan ciptaan terbarunya, Dyson Supersonic Hair Dryer yang ternyata mendapat sambutan di seantero dunia. Inovatif yang disuntik pada DysonSupersonic Hairdryer ini terletak pada rekaannya yang elegan, serta memiliki dua butang pengawal suhu yakni suhu panas dan sejuk sekaligus mampu mengelakkan rambut daripada kering dan bercabang. Dan paling istimewa peralatan ini adalah satu-satunya pengering rambut yang bebas bunyi bising.