Giorgio Armani, Ini Panduan Solekan Di Pertunjukannya - Glam Malaysia

Giorgio Armani, Ini Panduan Solekan Di Pertunjukannya

Giorgio Armani tidak mahu terlalu menjerit-jerit pada solekannya, mereka terus patuh pada prinsip classy makeup yang lebih bersifat malar segar. Glam kongsikan langkah demi langkah untuk anda tiru solekan model-modelnya di pertunjukan musim luruh/dingin 2021.

Berlangsung minggu lalu, pementasan himpunan musim luruh/dingin Girogio Armani terus menonjolkan imej klasik dan malar segar buat penggemar fesyen. Dan himpunan ini juga masih terus mengekalkan gaya yang serupa pada solekan model-model yang menghiasi video peragaan. 

Menurut Linda Cantello, jurusolek antarabangsa Giorgio Armani, “Solekan kali ini lebih tertumpu pada solekan mata, bulu mata lebat, garisan mata hitam bersama asas solekan yang sempurna lagi bebas cela dan berdamping dengan calitan gincu pudar. Secara keseluruhannya solekan ini bertemakan glamor moden. 

ASAS SOLEKAN

Urut wajah dengan lembut menggunakan Armani Prima Glow-On Moisturising Cream. Apa Sahaja krim pelembap yang anda guna mestilah disempurnakan dengan urutan lembut kerana ia bagu untuk memeastikan produk diserap dengan baik oleh kulit. Kemudian sapukan bedak asas dan dipertunjukan ini semua model disapu dengan Power Fabric Foundation dan ditambah dengan penyamar noda, Power Fabric Concealer pada bahagian yang perlu disamarkan celanya. 

See also
Golden Globes 2018 Menyajikan Minimal Beauty Looks

SOLEKAN MATA

Seperti kata Linda tadi, solekan kali ini tertumpu apda bahagian mata. Menariknya, pada solekan mata ini Linda menyapukan Neo Nude Fpundation #0 pada seluruh kelopak mata sampai ke kening. Kemudian dia menyapu Ye Tint warna #60 ‘Aurore’ pada soket mata dan meluncurkan Smooth Silk Eye Pencil warna #4 pada garis bata mawah dengan lembut. Solekan ini tambah galak dengan sapuan maskara berlapis. Linda mempersiapkan solekan bahagian mata dengan merias kening.

Giorgio Armani, Ini Langkah Solekan Di Pertunjukannya

CALITAN PADA BIBIR

Untuk memperlengkapkan keseluruhan solekan, Linda menggunakan gincu Rouge D’Armani Matte dalam ton #102 ‘Androgino’ pada bibir. Pada saya walaupun pada namanya dinyatakan ‘matte’ tapi kemasannya dilihat tidak kering. Bibir masih nampak lembap dan segar. Sebatang gincu yang boleh anda isikan dalam beg tangan, touch up bila perlu. Usai solekan siap, Linda mengunci solekan dengan layangan bedak. 

Giorgio Armani, Ini Langkah Solekan Di Pertunjukannya

Artikel Berkaitan: Gen-Z Beauty, Individualiti dan Berekspresi