Generasi Terbaru Dior Forever 2022 - Glam Malaysia

Generasi Terbaru Dior Forever 2022

Ciptaan selama 15 tahun kembali memberikan cetusan prestasi terbaik. Obsesi kesempurnaan bedak asas Dior Forever suntik elemen Clean Formula.

Dior Forever sudahpun memberikan kesempurnaan kepada seluruh wanita di dunia ini sejak awal kemunculannya iaitu sekitar 2007. Ciptaan sulung, bedak asas Dior Forever menjanjikan pelindungan wajah yang tinggi dan halus. Waktu itu dikatakan Dior berjaya merealisasikan impian wanita, yang mahukan wajah kekal terlindung dalam tempoh yang lama dan selesa sepanjang hari. Akhirnya, bedak asas Dior Forever terus mencipta impak dalam dunia kosmetik hingga bergelar ikon. Gabungan kepakaran selama 50 tahun di Dior memberi refleksi utama dalam mengkaji keupayaan bedak asas Dior Forever serta kehadiran kepakaran kreatif, Peter Philips yang memeterai kehalusan dan keunikan rangkaian terbaru ini.

Untuk tahun 2022, rangkaian bedak asas Dior Forever memecah tradisi dengan kehadiran generasi formula terbaru yang berlandaskan penjagaan kulit wajah lebih bersih. Sejajar dengan transformasi wanita masa kini yang menitikberatkan keselesaan wajah berbanding kesempurnaan abadi. Namun, kehadiran terbaru bedak asas Dior Forever lebih daripada jangkaan. Menurut Peter Philips, “This new formula is, as close as it gets, a second-skin that becomes one with your own.” Malah, tiada lagi meninggalkan kesan pada pelitup wajah walaupun seharian memakainya. Sudah menjadi kebiasaan kehidupan norma-baharu, kelak wajah diwajibkan memakai pelitup wajah, dan secara jujurnya mendatangkan kerisauan ramai wanita. Bedak asas Dior Forever 2022 ini cukup memberi solusi terbaik di samping kulit wajah terjaga rapi.

See also
Sinarkan Mahkota Anda Dengan Minyak Rambut Ikonik Kérastase Elixir Ultime

KULIT BAB KELAHIRAN SEMULA LEBIH HALUS, LEBIH BERNAFAS

Keupayaan bedak asas Dior Forever usah disangkal lagi. Dengan secalit nipis, bedak asas cecair ini, kulit wajah terasa selesa malah ianya tahan panas, kelembapan cuaca, stress malah tidak mudah melekap. Untuk menguji keberkesanannya, Dior telah membuat beberapa ujian terutama kondisi tahap kepanasan sehingga 33 darjah celcius dan untuk kali pertamanya, menerusi ujian protocol, bedak asas Dior Forever telah digunakan oleh wanita sebenar yang punya kehidupan aktif di kotaraya dengan gaya hidup intensif. Ternyata, solekannya masih kekal dan kompleksi wajah kekal berseri-seri tanpa wajah penat. Sambil kulit terlitup sempurna, Dior Forever adalah lambang kecantikan tiada batasan. Rangkaian ini mempunyai seleksi tona istimewa sesuai untuk semua jenis kulit yang mengutamakan kulit bersinar sihat dan cerah. Pilihan tona harmoni membawa kepada 43 jenis warna khas untuk setiap wanita tanpa batasan. Samada dalam kod warna neutral, warm, warm peach, warm olive, cool atau cool rosy bakal menyerlahkan pigmentasi sempurna dan bertahan selama 24 jam.

See also
Suntik Solusi Berlian Trend Kecantikan Masa Kini

EKTRAK BUNGA AROMA SINGKAT FOREVER

Kehadiran ekstrak bunga ini seperti penyeri dalam melengkapi rutin kecantikan anda. Generasi terbaru Dior Forever ini punya pilihan formula yang optimal dan teliti dalam pembahagian ramuannya kerana untuk memastikan kulit wajah terus kekal selesa. Bersama 86 peratus penggunaan asas ekstra bunga, Dior dengan bangganya melalui proses saintifik menerusi kajian Clean Formula untuk dua rangkaian berbeza iaitu bedak asas Forever dan Forever Skin Glow. Secara amnya, jika tanpa penghidratan sempurna pada kulit wajah, tidak mungkin solekan itu bertahan lama. Oleh itu, Dior menggunguli keberkesanan ini dengan menyuntik elemen penjagaan kulit wajah untuk rangkaian terbaru ini. Antara ekstrak bunga yang menjanjikan hasil luar biasa seperti ekstrak Iris yakni bertindak sebagai mengurangkan keradangan kulit dan melindungi kulit dari terdedah sinar UV. Ekstrak Pansy adalah kunci mekanisme untuk kulit hidrasi. Kulit akan lembap dalam tempoh yang lama. Ekstrak Nasturtium, mengekalkan wajah bersinar disamping bekalan formasi protein yang menyuntik oksigen pada kulit wajah. Juga sebagai penghalang daripada cahaya biru. Setiap bedak asas di bawah rangkaian ini, punya ramuan aktif berbeza seperti Forever Matte Finish kaya dengan ekstrak Rose Hip yang bertindak sebagai menghalang kehadiran pori pada kulit wajah dan teksur kulit akan lebih halus. Forever Skin Glow pula hadir dengan ekstrak Hibiscus Acid, sebagai stimulasi selular kulit yang membantu kulit lebih halus dan bersinar.

See also
Pembeli "Kylighters" Hanya Menerima Bungkusan Kosong Daripada Kylie Cosmetics

BINGKISAN EKO, INISIATIF BAHARU DIOR

Tidak ketinggalan inisiatif terbaru Dior, yang memilih untuk membantu dalam menyelamatkan eko-sistem dunia. Bukan sahaja fokus kepada penghasilan produk kecantikan terbaik dunia, malah Dior turut berbesar hati mencipta bingkisan terbaru bebas daripada penggunaan plastik. Seperti penutup botol bedak asas Dior Forever boleh dikitar semula kerana ia mengandungi sebanyak 40 peratus kaca yang dikitar semula.

Artikel berkaitan Dior Forever, Tambah Lagi Produk Dalam Keluarganya

Generasi terbaru Forever ini juga mendukung kepada kempen simbolik sisterhood. Wajah kempen utama, Natalie Portman menghiasi kempen terbaru #FOREVERSISTERHOOD yang membawa kepada semangat kekuatan dan inspirasi wanita sebagai ketua dalam komuniti Forever. Menerusi kempen ini, satu gerakan istimewa yang menggabungkan komuniti wanita mahupun lelaki di setiap peringkat umur dan apa jua jenis kulit bersatu dalam memilih bedak asas sempurna dengan lebih konfiden.